|
800 MEMERIAHKAN HARI KAKITANGAN USM |
|
|
|
|
Rabu, 28 Oktober 2009 12:03 |
|
Kota Bharu : Semangat kerjasama dan kesukanan ditunjukkan kira-kira 800 kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila berkumpul memeriahkan sambutan Hari Warga Staf 2009 di padang USM Kubang Kerian. Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, hari warga staf ke-10 itu mengumpulkan semua kakitangan di Kampus Pulau Pinang, Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam.
Beliau berkata, menerusi program itu, beberapa acara sukan dan kebudayaan yang wajib disertai kakitangan USM dalam usaha memupuk semangat kerjasama diantara mereka. “Lebih daripada 10 acara dipretandingkan termasuk tarik tali, mencari harta karun dan ayat-ayat cinta yang memerlukan komitmen diantara pasukan serta boleh memupuk semangat kerjasama diantara mereka. Kira-kira 800 kakitangan yang menyertai pertandingan ini yang dibahagikan kepada 7 kontinjen utama yang memerlukan mereka bekerjasama untuk memenangi setiap acara dipertandingkan,” katanya. Dzulkifli berkata, hari warga staf juga adalah untuk menghargai kakitangan USM yang setia menjalankan tugas demi pembangunan USM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terkemuka di dunia.
“Dengan penganjuran majlis seperti ini maka dapat meningkatkan moral kakitangan untuk bekerja dengan tekun bagi memastikan USM terus membangun dengan pesat pada masa akan dating. Selain itu program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan bagi memastikan USM sentiasa cemerlang dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan pendidikan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof. Dato Dr Mafauzy Mohamed berkata usaha USM melestarikan alam sekitar sejak setahun lalu sudah membuahkan kejayaan. Kejayaan itu dikecapi apabila penuntut mengikut peraturan dengan mengurangkan penggunaan bahan kimiaseperti plastik dan polisterin dalamkehidupan seharian mereka di kampus.
“Usaha pihak kami untuk menjaga alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran bahan kimia Berjaya apabila kebanyakan pelajar bertanggungjawab menggunakan bekas plastik yang dijamin kualiti serta bebas daripada bahan kimia berbahaya. “Nampaknya usaha kami untuk menjaga alam sekitar ini Berjaya apabila pelajar kami disini bertanggungjawab dengan membawa bekas mereka sendiri ketika membeli makanan dan minuman dikantin dalam kampus,” katanya.
|
|
|
PROFESOR JAFRI MALIN DILANTIK FELO ASM |
|
|
|
|
Selasa, 13 Oktober 2009 11:44 |
|
Perunding Kanan Pakar Bedah Neuro, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Jafri Malin Abdullah dilantik sebagai felo Akademi Sains Malaysia (ASM)di Kuala Lumpur baru-baru ini. Perlantikan tersebut diumumkan pada Majlis Penyampaian Anugerah Sains Mahathir dan Penyampaian Sijil Perlantikan Felo Akademi Sians Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin lalu.
Beliau adalah individu kelima dari USM yang dilantik sebagai felo ASM sejak tahun lepas kerana sumbangannya dalam bidang neuro sains termasuk penggunaan serta klinikal. Empat orang lagi yang telah dilantik sebagai felo ASM ialah Naib Canselor USM, Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor, Prof. Lim Koon Ong, Prof. Datuk Rosihan Mohamed Ali dan Prof. Fun Hoong-Kun.
Sumbangan terbesar Dr. Jafri Malin ialah membantu menubuhkan kumpulan sains neuro yang banyak menulis mengenai neuro-ancologi dan rawatan kecederaan kepala. |
|
|
HUSM EDAR RISALAH PUPUK KESEDARAN |
|
|
|
|
Selasa, 11 Ogos 2009 09:13 |
|
KUBANG KERIAN 10 Ogos - Dalam memberi kesedaran dan maklumat kepada orang ramai berkaitan hospital rakan bayi yang dilaksanakan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), tiga jenis risalah berkaitan telah diedarkan. Pengarahnya, Zaidun Kamari berkata, risalah berkenaan merupakan salah satu syarat hospital untuk melatih dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan lebih proaktif. " Selepas 10 tahun diiktiraf sebagai hospital rakan bayi, kita mahu orang ramai memahami dengan lebih jelas kepentingan perkara ini untuk sama-sama menjadi contoh dalam membawa perubahan yang lebih baik terutamanya kebaikan penyusuan ibu secara eksklusif.
|
|
Baca Lagi... [HUSM EDAR RISALAH PUPUK KESEDARAN]
|
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Muka 1 daripada 16 |