Unit Sukan & Rekreasi

PENGENALAN

Unit Sukan & Rekreasi (Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni ) berperanan untuk menyelaras dan mentadbir kegiatan-kegiatan sukan dan rekreasi di Kampus Kesihatan bagi menggalakkan penyertaan siswa/siswi dalam bidang sukan dan rekreasi. Aktiviti-aktiviti kesukanan dan rekreasi yang dirancang bertujuan untuk siswa/siswi mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk siswa/siswi yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di Universiti.

PROGRAM SUKAN UNIVERSITI

Berpandukan kepada Kalendar Sukan, Unit Sukan & Rekreasi  (BHEPA) terdapat program-program berikut boleh disertai oleh siswa/siswi pada setiap sidang Akademik.

Sukan Massa

Merujuk kepada penyertaan warga kampus dalam aktiviti-aktiviti rekreasi darat dan air diuruskan dengan tujuan untuk manggalakkan penyertaan yang lebih kepada mana-mana siswa/siswi yang berminat.


Sukan Rekreasi di bawah Sektariat Rekreasi Universiti (SeRU)

● Berbasikal

● Berkayak

● Berakit

● Perkhemahan

● Eksplorasi/Pengembaraan

● Mendaki

● Larian

● Senamrobik

KEMUDAHAN SUKAN (KOMPLEKS SUKAN 1)

  • Badminton - 6 gelanggang
  • Sepak Takraw - 2 gelanggang
  • Tenis - 4 gelanggang
  • Skuasy - 4 gelanggang
  • Dewan Aerobik - 1
  • Ping Pong - 2 meja
  • Gimnasium - 2  (1 lelaki & 1 wanita)
  • Bola Keranjang - 1 gelanggang
  • Bola Tampar - 1 gelanggang
  • Bola Jaring - 2 gelanggang
  • Bola Sepak - 3 padang
  • Rugbi - 1 padang

KEMUDAHAN SUKAN ( MINI STADIUM - KOMPLEKS SUKAN 2)

  • Bola Tampar - 2 gelanggang
  • Bola Sepak - 1 padang
  • Padang Serbaguna - 1 padang
  • Futsal (Berlampu)- 2 gelanggang
  • Bola Keranjang - 1 gelanggang 
  • Tenis - 2 gelanggang
  • Gimnasium (Lelaki & Wanita)
  • Petanqe - 1 gelanggang
  • 'Outdoor Gym'

PINJAMAN PERALATAN SUKAN

Unit Sukan &  Rekreasi  (BHEPA) juga memberi perkhidmatan pinjaman peralatan sukan kepada siswa/siswi dan staf Kampus Kesihatan. Urusan pinjaman boleh dibuat sebelum permainan dijalankan dan mengembalikannya apabila tamat sesuatu permainan. Peralatan sukan yang dipinjam hendaklah dikembalikan dalam keadaan yang baik.

Waktu Pembukaan Stor Sukan :

Ahad – Khamis - 4.00 petang – 6.30 petang

MASA TEMPAHAN

Masa Tempahan Kaunter Unit Sukan & Rekreasi
Ahad – Khamis

8.15 pagi – 1.00 tengahari

2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat – Sabtu Tutup

SYARAT-SYARAT AM

  • Kemudahan Sukan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia adalah di khaskan untuk siswa-siswi dan staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia sahaja.
  • Sebarang pinjaman hendaklah dibuat dengan meninggalkan kad pelajar/kakitangan.
  • Bagi sukan berpasukan, pinjaman peralatan dibenarkan melalui Ketua Pasukan atau melalui Pengurus Pasukan.
  • Penggunaan kemudahan sukan adalah melalui tempahan dan semua pengguna dikehendaki mamatuhi syarat-syarat penggunaan kemudahan yang ditetapkan.
  • Permohonan tempahan daripada agensi luar hendaklah dibuat secara bertulis kepada:

          

 Ketua Unit

 Unit Sukan & Rekreasi,

 Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni,

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,

16150 Kubang Kerian, Kelantan.