Unit Tajaan, Insurans & Keusahawanan

1.  UNIT PENAJAAN

Visi

Mengurangkan permasalahan kewangan/ pinjaman pengajian untuk kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar.

Misi

Mengenalpasti dan menambah bilangan penaja daripada sector kerajaan dan korporat dan mendekatkan maklumat bantuan kewangan kepada pelajar.

Objektif

·         Menjana pelbagai sumber dana sebagai alternative bantuan kewangan pelajar

·         Mengeratkan jalinan penaja sedia ada

·         Mencapai sasaran 95% pelajar baru berdaftar berpenaja

·         Meningkatkan pentadbiran penajaan pelajar melalui perancangan dan pengurusan                berkualiti

·         Mengurangkan birokrasi pengurusan penajaan pelajar

·         Mempermudah dan mempelbagaikan sumber hebahan maklumat

Fungsi Utama

·         Menyelaras dan menguruskan hal ehwal penajaan pelajar

·        Membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar dengan pinjaman sedia ada                  bagi yang berkeperluan.

·         Memberi maklumat berkaitan penajaan dan bantuan kewangan

Perkhidmatan yang disediakan:

1.     Permohonan Pinjaman PTPTN

2.     Permohonan Biasiswa JPA

3.     Tabung Pinjaman Pelajar

4.     Peruntukan Zakat

5.     Insentif APEX

6.     Menghubungkan keperluan pelajar dan penaja

6.     Tabung Kesihatan Pelajar

Hebahan Maklumat

-Hebahan Bantuan Kewangan akan diberikan kepada semua pelajar yang baru mendaftar (Sepenuh Masa dan PPJJ)

-Maklumat bantuan kewangan boleh didapati di laman web rasmi BHEPP (Unit Tajaan) serta hebahan-hebahan terkini bantuan penajaan/ pinjaman di facebook Unit Tajaan iaitu Sponsorship USM 2 https://www.facebook.com/UnitTajaanBheppUsm?ref=hl

-Sebarang maklumat penajaan akan dihebahkan melalui emel kepada semua Dekan Pusat Pengajian, Penggawa dan juga paparan di papan notis desasiswa bagi ketiga-tiga kampus.

Pinjaman Jangka Pendek

Pinjaman ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mempunyai penaja. Pinjaman adalah bersifat sementara, iaitu bayaran balik perlu dilunaskan dalam tempoh 4 bulan atau selewat-lewatnya pada awal semester berikutnya.
 
Tujuan pinjaman adalah untuk membantu pelajar dari segi kewangan. Kesemua pinjaman ini mesti dibayar balik sebelum pelajar berijazah.
Terma dan syarat permohonan adalah seperti berikut :
  1. Pelajar berstatus aktif
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mempunyai penaja
  4. Bukan pelajar tahun akhir
Kaedah Permohonan & Kelulusan Pinjaman
Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali semasa  cuti semester. Borang Permohonan Pinjaman Jangka Pendek yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Unit Tajaan. Maklumat pelajar dalam borang permohonan akan disahkan dan diperakukan oleh Unit Tajaan. Borang yang lengkap akan diproses pada setiap hari Rabu dan proses pembayaran akan mengambil masa 14 hari bekerja. Borang yang lengkap akan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tabung Pinjaman Pelajar untuk kelulusan. 
Kaedah Bayaran Pinjaman
Permohonan yang diluluskan beserta dokumen sokongan akan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk bayaran terus ke akaun bank peminjam (pelajar)
Kaedah Bayaran Balik
Peminjam/ pelajar diberi tempoh sehingga 4 bulan untuk membuat bayaran dari tarikh pinjaman. Pihak Universiti melalui Jabatan Bendahari akan membuat potongan terus daripada pinjaman penajaan yang diterima bagi jumlah pinjaman yang dibuat terus dari akaun peminjam/pelajar.
Borang Permohonan 
1. Pelajar perlu mengisi satu borang permohonan
2. Borang permohonan perlu dilampirkan dengan maklumat berikut:

Satu salinan kad pengenalan pelajar

Satu salinan kad matrik pelajar

Satu salinan maklumat akaun bank

Satu salinan cetakan transkrip (keputusan peperiksaan) terkini

Satu salinan penyata yuran terkini dari My-Account

3. Hanya borang yang lengkap serta dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses.

PERHATIAN:

1.        BORANG YANG LENGKAP AKAN DIPROSES PADA SETIAP HARI RABU.

2.        PROSES PERMOHONAN MENGAMBIL MASA 14 HARI BEKERJA.

Pinjaman Jangka Panjang

Pinjaman Jangka Panjang dibiayai oleh sama ada pihak individu, swasta dan Universiti. Kesemua penaja di bawah seliaan Universiti ini dikelolai oleh sebuah Jawatankuasa Tabung Pinjaman Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar.
 
 Tabung Pinjaman Pelajar ini dikenali sebagai Tabung Pinjaman Jangka Panjang dan permohonan pinjaman dibuka pada setiap penghujung semester dan ditutup selepas semester dibuka. Keutamaan diberikan kepada pelajar baharu dan sedia ada mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Senarai syarikat, yayasan dan individu pendeposit yang membantu menggerakkan Tabung Pinjaman Pelajar ini adalah seperti berikut :
BIL KUMPULAN WANG PINJAMAN SUMBANGAN PIHAK SWASTA DAN PERSEORANGAN
1 A.Lim - (228001)
2 Co-Operative Book Shop - (228003)
3 Dato & Datin Low Hooi Siah - (228004)
4 Datuk Syed Kechik - (228005)
5 Datuk S.Samy Vellu - (228006)
6 Gordon Van Praagh - (228007)
7 H.H.Bhatt - (228008)
8 Industri Seramik - (228009)
9 Loh Boon Siew - (228011)
10 Mustafa Jumabhoy - (228013)
11 Ranjeet Bhagwan Singh - (228014)
12 Yayasan Arab Malaysian - (228017)
13 Yayasan Kuok - (228018)
14 Yayasan Lim Lean Teng - (228019)
15 YTM Tunku Dato' Ismail Jewa - (228020
16 Tenaga Nasional Berhad - (228021)
17 Datin Rose Tunku Ismail - (228037)
18 Tan Sri Arshad Ayob - (228040)
19 Tabung Pinjaman USM


Muat Turun : 

  • Pinjaman Sementara Pelajar Baharu (Sepenuh Masa) (PSPB)
  • Pinjaman sementara kepada pelajar baru sepenuh masa yang berdaftar (hanya pada semester pertama) adalah salah satu inisiatif Universiti untuk membantu pelajar baru berdaftar Universiti ini pada setiap kemasukan Sidang Akademik baru.
    Tujuan utama perlaksanaan adalah memberi bantuan kewangan segera secara tunai dan tuntutan boleh dibuat di kaunter pembayaran Jabatan Bendahari.
    Jumlah maksimum pinjaman adalah sehingga RM500 dan bantuan ini adalah bersifat sementara sebelum pelajar mendapat pembiayaan atau pinjaman pengajian daripada pihak penaja.
    1. Kaedah Permohonan & Kelulusan Pinjaman
      Permohonan boleh dilakukan hanya pada semester pertama. Borang  yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Unit Tajaan. Borang permohonan yang diterima akan disemak oleh Unit Tajaan untuk dipertimbangkan kelulusan permohonan.
       
    2. Kaedah Bayaran Pinjaman
      Borang pinjaman yang diluluskan perlulah dikemukakan ke kaunter bayaran Jabatan Bendahari pada hari dan waktu bekerja untuk mengutip bayaran tunai.
       
    3. Kaedah Bayaran Balik
      Pemotongan terus bagi jumlah pinjaman akan dilakukan oleh pihak Jabatan Bendahari daripada akaun pelajar apabila penaja membuat bayaran pinjaman pelajar melalui Jabatan Bendahari. Pembayaran terus oleh pelajar ke Jabatan Bendahari adalah perlu bagi kes bayaran pinjaman pelajar yang dikreditkan terus ke akaun pelajar.

    Muat Turun Borang PSPB