• UPPU
  • Penginapan Pelajar Ijazah Pertama

Penginapan-Ijazah Pertama

DASAR PEMILIHAN DAN PENEMPATAN DESASISWA

PELAJAR IJAZAH PERTAMA

A)  DASAR PENEMPATAN DESASISWA PELAJAR IJAZAH PERTAMA

1.           Tiada Pilihan Desasiswa (Desa Asal)

Pelajar hanya boleh tinggal di Desasiswa yang pelajar tersebut tinggal pada sidang akademik yang lepas (pelajar lama/senior khususnya).

2.           Pengagihan Tempat

i. Penempatan Pelajar Baharu

Pelajar baharu akan diagihkan secara rawak kepada semua Desasiswa

Semua Pelajar baharu perlu memohon dan mereka akan diberikan keutamaan untuk mendapat penginapan di Desasiswa.

Bagi pelajar baharu yang memilih untuk tidak menginap di Desasiswa, mereka wajib menginap di Desasiswa sepanjang Minggu Suaikenal (Minggu Siswa Lestari)

ii. Penempatan Pelajar Lama (Senior)

Pelajar lama akan diagih berdasarkan kepada kursus, pusat pengajian dan jantina

Agihan juga dibuat berdasarkan kepada peratus agihan yang ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Pemilihan dan Penempatan Desasiswa

iii. Penempatan Khas

Penempatan khas akan diberi pertimbangan oleh Naib  Canselor dan Timbalan Naib Canselor (HEPA) mengikut kes. Terdapat tiga kategori khas yang boleh dipertimbangkan  iaitu :-

a. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dengan perakuan Pegawai Perubatan Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia atau Hospital Kerajaan. 

b. Pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang serius dengan perakuan Dekan

c. elajar yang mempunyai masalah akademik yang serius.

d. Kes-kes di bawah budi bicara Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni [HEPA] dan Pengarah Kampus.

4.           Pertukaran Desasiswa

Berdasarkan dasar tiada pilihan Desasiswa, pelajar yang telah ditawarkan Desasiswa tidak dibenarkan untuk bertukar Desasiswa, kecuali pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja yang akan dipertimbangkan.

Pelajar-pelajar yang berkenaan perlu menghantar permohonan rasmi kepada Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) untuk pertimbangan oleh Penggawa-Penggawa Desasiswa yang terlibat. Pertukaran Desasiswa pelajar hanya boleh diperakukan dengan kebenaran kedua-dua pihak Penggawa Desasiswa yang terlibat bagi tujuan pengemaskinian data dalam sistem penginapan.

5.          Penarikan Diri Dari Desasiswa

i. Pelajar yang telah menerima tawaran Desasiswa tetapi menarik diri sebelum semester bermula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran sewaan.

   ii.  Bagi pelajar yang telah menerima tawaran desasiswa tetapi kemudiannya menarik diri dari menginap di Desasiswa akan dikenakan bayaran sewaan penuh satu semester.

*Nota:Perkara ini telah diputuskan dalam Jawatankuasa Tetap Kewangan pada 17 Februari 2009. *

6.           Konsep Integrasi Penginapan

Integrasi ini bermakna boleh berkongsi bilik, berjiran atau dalam tingkat dan bangunan yang sama. USM mengamalkan integrasi sosial dari segi kaum, agama, kumpulan etnik, negeri dan negara. Walau bagaimanapun, pihak Penggawa boleh menggunakan budibicara untuk menentukan pengagihan bagi meningkatkan integrasi sosial

Pelajar juga boleh membuat pilihan untuk tinggal sebilik bersama rakan dari etnik berbeza

7.          Bilik Perseorangan Di Desasiswa (Single Room)

Keutamaan untuk pelajar diberikan bilik perseorangan akan ditentukan oleh Penggawa Desasiswa

B) DASAR PEMILIHAN DESASISWA PELAJAR IJAZAH PERTAMA

  1. Sistem Pengumpulan Unit Dengan Menggunapakai Sistem Mycsd

Sistem pengumpulan unit akan digunakan di ketiga-tiga kampus melalui sistem MyCSD yang dibangunkan oleh BHEPA dengan kerjasama PPKT. Jumlah unit yang terkumpul oleh pelajar bagi sidang akademik berkenaan akan dipaparkan di Campus Online masing-masing.

Semua pelajar yang terlibat dengan latihan industri (LI), latihan mengajar (LM), pertukaran pelajar (EXC. STUD) masih terikat dengan dasar ini kecuali mereka yang mendapat Cuti Dengan Kebenaran (CDK).

2. Pemotongan Unit Desasiswa

i. Terdapat tiga sumber bagi pemotongan Unit (Demerit)

-              Jawatankuasa Tatatertib Universiti *(Pejabat Perundangan Universiti).

-              Kompaun/Denda oleh Desasiswa

-              Kompaun/Denda oleh Jabatan Keselamatan

ii. 1 unit akan dipotong bagi setiap RM10.00 denda/kompaun yang dikenakan, sehingga jumlah maksimum RM200.00.

iii. Demerit 5 dan ke atas atau dikenakan sebarang tindakan tatatertib tidak akan ditawarkan Desasiswa pada sidang akademik akan datang termasuklah bagi pelajar yang dikategorikan sebagai Penginapan Automatik. Jumlah unit demerit yang terkumpul oleh pelajar bagi sidang akademik berkenaan akan dipaparkan di Campus Online masing-masing.

3. Penginapan Automatik

Kategori pelajar ini diberi penempatan secara Automatik:

Bil Kategori Tindakan Catatan
1 Pelajar Kelainan Upaya (OKU) Desasiswa Aman Damai Sepanjang pengajian
2 Warga Emas/Warga Sukan & Warga Budaya Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) Sepanjang pengajian
3 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Timbalan Pendaftar, BHEPA Ketika sidang akademik menjawat
4 Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) Desasiswa-Desasiswa Selepas sidang akademik menjawat
5 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Jaya, Desasiswa Lembaran, Desasiswa Nurani Sepanjang keanggotaan
6 Pasukan Sukarelawan Siswa/i Polis (Kor SUKSIS) Desasiswa Aman Damai Sepanjang keanggotaan
7

Kor Siswa/i Pertahanan Awam

(Kor SISPA)

Desasiswa Tekun Sepanjang keanggotaan
8 Pasukan Penyelamat Kelemasan (kampus Induk)

Pusat Sukan dan Rekreasi

Ketika sidang akademik menjawat
9 Exco Tertinggi bagi aktiviti pengacaraan sukan (Pesta Hoki, Pesta Bola Jaring, SUKAD, TOT) Ketika dan selepas sidang akademik menjawat
10 Exco Tertinggi CONVEX/NRIC Timbalan Pendaftar, BHEPA Selepas sidang akademik menjawat
11 APEX Scholar Sepanjang pengajian
12 Bottom Million Sepanjang pengajian
13 Pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Perubatan Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) Ketika tahun akhir
14 Pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Pergigian

4. Rayuan Desasiswa (Pelajar Senior)

i. Pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di Desasiswa boleh mengemukakan  rayuan dalam talian (Campus Online) / Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U)

   *tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

   ii. Kategori yang boleh membuat rayuan seperti berikut :

a) Tinggal di luar kampus.

b) Masalah kesihatan (mesti disertakan surat perakuan daripada Pusat Sejahtera USM atau Hospital Kerajaan).

c) Tahun Akhir.

d) Masalah Akademik (surat sokongan dari Dekan Pusat Pengajian).

e) Tinggal di Desasiswa pada sidang lepas.

iii.Semua rayuan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Penempatan Desasiswa Pelajar Ijazah Pertama.

5. Pemberitahuan Keputusan Penempatan Desasiswa

Semua keputusan penempatan Desasiswa akan dikeluarkan oleh P3U pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi sebelum sidang baru bermula. Keputusan akan diumumkan melalui dalam talian (Campus online).

Sekian