Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua 2016

Permohonan adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan bagi mengikuti pengajian di IPTA Tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua 2016. Tarikh tutup pada 30 Ogos 2016 (Selasa)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-Syarat Permohonan  Keterangan 
Kelahiran 

Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau 

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau 

Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung. 

Peringkat Pengajian  Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil - sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)
Penajaan  Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja 
Pencapaian Akademik  Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian  Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian. 

SYARAT AKADEMIK

Peringkat Pengajian  Kelayakan Akademik 
Ijazah Sarjana Muda Pertama 

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau 

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau 

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM

Diploma 

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau 

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas. 

Sijil (IPTA)  Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Iklan Tawaran 

 

Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor 

http://www.selangor.gov.my 

Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Kaedah Permohonan  Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS 

KADAR PINJAMAN

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar) RM7,000
Ijazah Sarjana Muda RM6,500
Diploma RM4,900
Sijil RM4,000

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

* Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

* Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.

Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.

Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.