• Welcome Student
  • Covid19

PENDAKAP GIGI LUTSINAR BANTU GIGI KELIHATAN CANTIK DAN SELESA

KOTA BHARU, KELANTAN, 22 Oktober 2020 - Senyuman yang menawan tidak lengkap tanpa gigi yang cantik, bersih dan teratur. Sayangnya, tidak semua orang memiliki gigi sempurna dan senyuman manis dengan barisan gigi cantik merupakan antara kunci keyakinan seseorang.

Menurut Pakar Perunding Kanan Ortodontik, Klinik Pakar Pergigian Ortodontik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Rozita Hassan, bagi individu yang mempunyai gigi tidak sempurna, mereka pastinya terfikir untuk melakukan rawatan pergigian.

“Penggunaan pendakap gigi besi adalah kaedah konvensional untuk merawat kecacatan pada gigi di mana wayar dan braket logam diikat ketat untuk menolak gigi kembali ke dalam jajaran yang betul walaupun ianya tidak selesa dan nampak menakutkan.

“Dengan perkembangan teknologi terkini, pendakap gigi lutsinar merupakan teknik melurus kedudukan gigi secara mudah, bersih dan tidak menyakitkan kerana ia tidak melibatkan penggunaan dawai dan braket logam, seramik, getah elastik atau sebarang bahan yang dilekatkan secara kekal dalam tempoh tertentu pada gigi,” ujarnya ketika menjadi tetamu bagi rancangan ‘Sembang Sihat’ menerusi radio Kelantan FM, di sini.

821e7126 70e7 4ae8 8893 dc6c521d14d1

Tambah Rozita, selain lutsinar dan berteknologi tinggi, ia juga sangat selesa dipakai kerana tidak mengganggu gusi dan pipi serta mudah ditanggalkan untuk dicuci.

“Pendakap gigi lutsinar ini biasanya dipakai untuk membentuk kedudukan gigi supaya tersusun rapi dan mengambil masa enam bulan atau lebih bergantung kepada tahap keseriusan ketidaksempurnaan susunan gigi seseorang.

“Untuk permulaan, pendakap gigi ini perlu ditukar selepas dua minggu pemakaiannya dan boleh ditanggalkan sendiri tanpa bantuan doktor serta akan dibekalkan 10 hingga 20 set pendakap gigi lutsinar yang lain dalam tempoh pembentukan gigi tersusun sebagaimana dikehendaki,” jelasnya lagi.

Rozita berkata, pesakit boleh membuka pendakap gigi lutsinar tersebut seketika untuk makan dan memasangnya semula selepas selesai.

“Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan rawatan kaedah pemakaian pendakap gigi lutsinar boleh datang ke Klinik Pakar Pergigian Ortodontik, Hospital USM untuk rundingan dan maklumat lanjut.

“Kos pemasangan pendakap gigi lutsinar ini biasanya menelan belanja antara RM8,000 hingga RM20,000 bergantung kepada keperluan perawatan individu,” ulas beliau lanjut.

Teks : Abdul Aziz Latif



doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

admission.jpg

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1159082
Hari IniHari Ini364
Minggu IniMinggu Ini6089
Bulan IniBulan Ini4958

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 03 Disember 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.