• Welcome Student
  • Covid19

KANSER USUS: KANSER KEDUA TERBANYAK DIKESAN SELEPAS KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, KELANTAN, 3 Disember 2020 - Kanser usus merupakan kanser kedua terbanyak selepas kanser payudara di Malaysia. Di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hampir 50 kes kanser usus dirawat setiap bulan.

Menurut Penyelaras Onkologi Klinikal, Jabatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital USM, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon, usus adalah satu sistem pencernaan terdiri daripada beberapa gabungan organ yang bermula daripada esofagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar dan rektum serta kesemua organ ini berpotensi menjadi kanser.

"Sel kanser sebenarnya berasal dari sel badan yang normal yang mana berlaku kerosakan semasa proses pembuatan sel yang baharu dimanakan mutasi. Mutasi sel yang tidak dapat dibaiki sedikit demi sedikit akan bertambah dan akhirnya akan menjadi kanser," katanya ketika menjadi tetamu Rancangan Sembang Sihat Radio Kelantan FM.

a77a11ed 2230 4044 98d5 66d48e6fc75b

Tambah Wan Mohd Nazri,  kanser usus juga mempunyai konsep yang sama dimana kanser tersebut berasal daripada sel di permukaan usus yang mengalami mutasi dan tidak dapat dibaiki.

"Ia akan sentiasa berkembang dalam badan bersama sel-sel normal yang lain dan setelah jumlahnya terlalu banyak, ia mampu mempengaruhi sel-sel normal untuk bertukar menjadi sel kanser sepertinya dan akhirnya merosakkan organ tersebut selain turut menjangkiti organ lain dalam badan.

"Terdapat dua jenis punca kanser iaitu yang boleh ubah dan tidak boleh diubah. Yang boleh ubah merujuk kepada faktor persekitaran dan pemakanan manakala yang tidak boleh diubah pula merujuk kepada faktor genetik," jelasnya lagi.

Wan Mohd Nazri berkata, makanan yang mengandungi pengawet berlebihan menjadi pemangkin kepada karsinogen.

"Karsinogen merupakan istilah yang digunakan sebagai agen pembentukan kanser serta turut terdapat pada daging apabila dibakar.

"Minyak masak yang diguna berulangkali tanpa ditukar juga membentuk karsinogen. Kurang mengambil makanan berserat seperti sayur turut menjadi risiko mengundang kanser usus kerana serat akan memudahkan proses perkumuhan selain amalan merokok memandangkan jumlah karsinogen dalam rokok adalah paling tinggi," ujar beliau lanjut.

Jelas Wan Mohd Nazri, tanda-tanda menghidap kanser usus adalah berubahnya rutin pembuangan air besar seperti kerap buang air besar atau sembelit, keluar darah semasa buang air besar dan hilang selera makan tanpa sebab.

"Bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda atau simptom sebegini, segeralah berjumpa doktor. Kebiasaannya darah pesakit akan diperiksa terlebih dahulu dan jika perlu doktor akan menjalankan prosedur endoskopi atau kolonoskopi serta mengambil sampel tisu bagi mengesahkan jenis kanser yang dihidapi.

"Jika terbukti kanser, pesakit perlu menjalani pengimejan bagi memastikan sama ada kanser tersebut telah merebak ke tempat lain atau tidak," katanya.

Beliau berkata lagi, rawatan kanser mengambil kira jenis kanser, lokasi kanser, tahap kanser dan tahap kesihatan pesakit (umur).

"Rawatan pembedahan merupakan rawatan utama iaitu membuang keseluruhan kanser supaya ia tidak tumbuh kembali. Selain itu, Hospital USM menawarkan rawatan radiasi melalui radioterapi iaitu rawatan membunuh sel kanser tanpa pembedahan.

"Rawatan kimoterapi turut ditawarkan di Hospital USM. Kaedah terkini kimoterapi bagi pesakit kanser usus adalah melalui penggunaan ubat jenis kapsul yang diambil secara oral selain ubat cecair yang dimasukkan melalui salur darah dan rawatan Immunoterapi merupakan rawatan paling terkini," ujarnya.

Menurut Wan Mohd Nazri, melalui kaedah ini, kanser mampu dirawat dengan memperkuatkan dan membantu sistem imune badan melawan kanser tanpa kesan sampingan kemoterapi.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

admission.jpg

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1214954
Hari IniHari Ini797
Minggu IniMinggu Ini2779
Bulan IniBulan Ini29680

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 Januari 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.