TULANG RAPUH: KESAN AWAL ELAK RISIKO LEBIH TERUK

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Januari 2020 – Penyakit tulang rapuh merupakan penyakit bawaan keturunan atau baka di mana ianya boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan ia bermula seawal kelahiran.

drismail

Pakar Ortopedik, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ismail Munajat berkata, penyakit ini disebabkan masalah pada struktur binaan tulang di mana bahan asas iaitu kolagen yang terdapat di dalam tulang menjadi tidak kuat dan mudah patah.

“Tulang ini akan menjadi mudah patah hanya disebabkan oleh kejatuhan lazim yang kebiasaannya tidak menyebabkan kepatahan tulang pada kanak-kanak normal malah ia juga boleh berlaku tanpa sebarang sebab dan jika tulang kaki atau paha menjadi bengkok serta tidak kuat, keupayaan untuk berdiri, berjalan dan bergerak akan berkurangan atau terbatas.

“Terdapat dua tahap keterukan antaranya kes kurang teruk (mild), tulang kanak-kanak tidak bengkok, boleh berjalan dan patah akan terjadi semasa umur persekolahan dan untuk kes teruk (severe) pula ia terjadi semasa lahir, risiko patah berulang dan sukar berjalan serta bergerak,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM.

DrIsmailMunajat1

Tambah Ismail, antara tanda-tanda yang boleh dikesan ialah mata putih kelihatan biru, gigi berwarna coklat serta mudah reput, rendah dari rakan sebaya dan semua ini adalah disebabkan kolagen terdapat di tempat lain.

“Rawatan yang khusus untuk penyakit ini masih tiada lagi tetapi terdapat dua rawatan normal yang boleh digunakan iaitu dengan ubat-ubatan dan pembedahan. Jika dengan ubat-ubatan, pesakit akan diberikan ubat untuk menjadikan tulang lebih kuat serta isipadunya bertambah dan pesakit perlu mengambil ubat ini untuk tempoh tiga hingga empat bulan sekali.

“Bagi kes pembedahan, prosedur ini dijalankan ke atas pesakit yang telah patah tulang atau tulang terlalu bengkok iaitu dengan memasukkan besi ke dalam tulang dan prosedur ini dapat mengelakkan patah berulang serta dapat membetulkan kaki yang bengkok,” katanya lagi.

Di akhir temubual, Ismail menasihatkan ibu bapa yang mengesan tanda-tanda penyakit ini pada anak-anak mereka agar jangan berlengah untuk berjumpa doktor bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Teks & Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.