Main News

DUA FRONLINERS USM TERPILIH ANTARA PENERIMA VAKSIN PERINGKAT NEGERI
Tahniah diucapkan kepada dua (2) petugas kesihatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Ariff Husna Hasnan yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Wad 2 Delima dan Mohd Farizzul Ismail, Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Ortopedik kerana dipilih mewakili Kampus Kesihatan USM untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Pejabat...

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN PERINGKAT HOSPITAL USM BERJALAN LANCAR
USM KUBANG KERIAN, 2 Mac 2021 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih menjadi salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Kebangsaan. Program yang bermula semalam telah menyaksikan seramai 300 petugas kesihatan di Hospital USM dan Kampus Kesihatan menerima suntikan bagi dos pertama. Penolong Penyelaras Operasi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Kampus Kesihatan, Dr Wan Mohd...

KENALI PUNCA SAKIT LUTUT DAN RAWATAN BERSESUAIAN UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mac 2021 - Sendi lutut adalah satu sendi kompleks yang membantu dalam pergerakan anggota bawah seseorang disebabkan oleh pelbagai punca mengikut kategori usia. Bagi golongan muda, sakit lutut biasanya disebabkan oleh kecederaan sukan atau kemalangan yang boleh mencederakan ligamen, meniscus atau tulang rawan manakala bagi golongan yang berusia atau warga emas pula, sakit lutut biasanya...

NUR SUHAILA SYUKUR DAN TERUJA TERPILIH DALAM KUMPULAN PERTAMA PENERIMA VAKSIN DI HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mac 2021 – “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana terpilih dalam kumpulan pertama yang mana saya memang menunggu dan sangat mengharapkan peluang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19,” ujar Penyelaras Klinik Saringan Infeksi (SRI) KRK , Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nur Suhaila Idris. Nur Suhaila merupakan salah seorang penerima awal suntikan vaksin COVID-19...

PILIH UNTUK DIVAKSINASI LUNAS TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mac 2021 – Vaksin COVID-19 merupakan salah satu kaedah mengawal penularan pandemik ini di negara kita dan ia antara cara terbaik untuk melindungi masyarakat. Sejak kemunculan COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin COVID-19. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan...

BUAT KAKI PALSU, ASAL DARI MINAT KINI JADI PENGALAMAN BERHARGA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Februari 2021 – Anggota palsu atau prostesis merupakan bahagian badan tiruan bagi menggantikan bahagian tubuh yang hilang, sama ada disebabkan oleh kemalangan, penyakit atau kecacatan sejak dilahirkan. Kemahiran dalam membuat kaki palsu tidak diminati dan dimiliki oleh semua orang. Ini kerana proses pembuatannya yang agak panjang dan rumit. Namun ianya bukanlah sesuatu yang susah dan...

PENTINGNYA VAKSINASI PETUGAS KESIHATAN, BUKAN PILIHAN TETAPI KEUTAMAAN – PROF. DATO’ DR. MAFAUZY MOHAMED
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Februari 2021 – Kepentingan vaksinasi dalam kalangan barisan petugas kesihatan tidak perlu dinafikan lagi memandangkan keadaan negara kini yang amat serius berjuang mengurangkan penularan jangkitan wabak pandemik COVID-19. Itulah kata Pengarah Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed yang mengharapkan kerjasama kesemua petugas kesihatan barisan hadapan untuk menjadi benteng pertama negara mengambil vaksinasi COVID-19,...

USM TERLIBAT DALAM PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Februari 2021 – Seramai 5,358 petugas barisan hadapan Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini dengan menerima suntikan awal vaksin. Petugas barisan hadapan USM yang terlibat dalam program itu nanti membabitkan 4,673 dari Kampus Kesihatan, 287 Kampus Induk dan 398 Institut Perubatan dan Pergigian...