HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

GLAUKOMA PENCURI SENYAP ANUGERAH PENGLIHATAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 April 2015 – Apabila disebut glaukoma, ramai yang tidak tahu apa sebenarnya penyakit tersebut sedangkan ia adalah antara penyebab utama masalah kebutaan di seluruh dunia tanpa disedari oleh pesakit.  Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang membawa kepada kerosakan saraf optik.  Saraf optik yang sihat adalah penting untuk transmisi maklumat daripada mata ke bahagia otak.  Glaukoma boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur yang akhirnya membawa kepada kebutaan kekal.  Walaupun masalah glaukoma tersebar luas, ia sebenarnya tidak diketahui oleh masyarakat dan banyak tanggapan yang salah tentang gejala serta golongan yang menghidapnya.

World Glaucoma Day (WGD) atau Hari Glaukoma Sedunia dideklarasikan pada 6 Mac 2008 dan disambut pada setiap hari Khamis minggu kedua.  Seluruh Negara di dunia diminta untuk melaksanakan kegiatan yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang glaukoma, dengan harapan akan membantu individu yang mempunyai faktor risiko melakukan pemeriksaan kesihatan mata secara teratur.  Sejak tahun 2010, Hari Glaukoma ditukar kepada Minggu Glaukoma. 

Menyedari hakikat kejahilan masyarakat tentang pembunuh senyap penglihatan ini, Jabatan Oftalmologi Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Unit Kejururawatan Hospital USM mengadakan pemeriksaan mata secara percuma kepada masyarakat setempat di samping menyampaikan maklumat berhubung penyakit tersebut sempena sambutan ‘Minggu Glaukoma Sedunia 2015’  bertempat di Ruang Legar Pusat Membeli-belah KB Mall, Kota Bharu. 

Menurut Ketua Jabatan Oftalmologi, Profesor Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin, “Pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang penyakit glaukoma agar mereka berwaspada kerana individu berumur 40 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit tersebut.

“Ramai di kalangan masyarakat kita yang beranggapan apabila mengalami kekaburan itu akibat faktor usia sedangkan mereka berkemungkinan mengidap glaukoma kerana untuk kebanyakan orang, hanya sedikit atau mungkin tidak ada langsung gejala yang dikesan dan jika ianya tidak dirawat di peringkat awal, pesakit akan mengalami kebutaan kekal”, ujarnya. 

Menurut Liza Sharmini juga, mereka yang membuat pemeriksaan mata pada hari ini, akan diberikan tarikh temujanji untuk rawatan susulan jika berisiko atau didapati mengidap penyakit glaukoma dan secara tidak langsung membantu masyarakat lebih peka dalam menjaga kesihatan mata.

Glaukoma boleh menjejaskan sesiapa sahaja.  Sudah tiba masanya untuk mendidik diri serta keluarga tersayang tentang risiko utama glaukoma. Dapatkan pemeriksaan mata sekiranya berusia 40 tahun ke atas dan jika ada di antara ahli keluarga yang mengidap penyakit glaukoma, keluarga yang lain perlu disaring lebih awal kerana ianya berkait rapat dengan faktor keturunan.  

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

285572
TodayToday273
This_WeekThis_Week2532
This_MonthThis_Month11647

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 September 2017.