HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

SUKAN USM SEMAKIN MANTAP

KUBANG KERIAN, KELANTAN 22 Jun 2014– “Acara sukan di Universiti Sains Malaysia (USM) telah memasuki fasa baharu dan menunjukkan prestasi yang lebih mantap dengan pemantauan padu oleh pihak pengurusan universiti,” kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Oman Osman.

“Aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf tetapi juga mampu  membawa satu anjakan paradigma untuk penyertaan USM dalam bidang ini ke tahap yang lebih tinggi di luar kampus,” tambah Omar.

“Kita akan bantu sedaya yang boleh untuk memastikan semua fasiliti sukan di USM terjaga dengan baik dan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pihak,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Sukan Antara Jabatan dan Pusat Pengajian (SUKJAP) Kampus Kesihatan USM 2014.

Omar juga memberitahu bahawa pihak pengurusan USM kini dalam proses penelitian khusus untuk beberapa acara sukan yang mempunyai potensi untuk bergerak lebih maju ke hadapan serta akan melatih individu yang bekelayakan untuk memantapkan lagi skuad sukan USM yang sedia ada.

“Jika perlu kita gabungkan beberapa program seperti Hari Warga Staf USM yang diadakan pada saban tahun dengan penganjuran SUKJAP ini, maka kita akan mencapai matlamat yang disasarkan dengan melihat kembali pengisian kedua-dua program tersebut,” tambah beliau lagi.

SUKJAP 2014 yang dianjurkan selama lebih kurang dua minggu ini telah menyaksikan sebanyak enam kontingen bertanding dalam beberapa acara sukan. Antaranya ialah Kontingen Sinergi, Intergriti, Kreativiti, Inovasi, Tranformasi dan Lestari dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak (9 Sebelah), Bola Jaring, Futsal (Wanita), Bola Tampar (Lelaki & Wanita), Badminton (Campuran), Ping-Pong (Campuran) dan Sepak Takraw (Berpasukan).

Kontingen Sinergi yang juga juara bertahan pada tahun 2012 telah dinobatkan juara pada tahun ini dengan pungutan 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Manakala Kontingen Integriti yang berada di tempat kedua pula berjaya memungut 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Atlet lelaki terbaik telah disandang oleh Encik Abdullah Awang Long dari Kontingen Sinergi apabila berjaya mengungguli acara Badminton (Campuran) dan acara Ping-Pong (Campuran) serta acara Sepak Takraw (Berpasukan). Manakala kategori wanita pula menjadi milik Puan Lizawaty Abu Bakar dari Kontingen Intergriti dengan mengutip emas dari acara Futsal (Wanita) serta pingat perak bagi acara Bola Tampar (Wanita).

Terdahulu dalam majlis yang sama turut menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar Kampus Kesihatan USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Encik Hafiz Assad Zakaria.

“Saya amat berharap agar pertambahan acara dalam penganjuran SUKJAP pada masa hadapan,” kata Hafiz.

Antara yang hadir ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi Kampus Induk USM, Encik Muhamad Mohd Hanif serta beberapa pegawai utama USM yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

287312
TodayToday67
This_WeekThis_Week712
This_MonthThis_Month13387

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 25 September 2017.