HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

SUMBANGAN IKHLAS MEMBANTU BANYAK PIHAK YANG MEMERLUKAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN 29 Disember 2013 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) melalui cabang aktivitinya iaitu Tabung Kebajikan dan  Pendidikan PADU (PADUcare) telah berjaya menganjurkan dua majlis secara serentak yang memberi makna serta harapan kepada banyak pihak memerlukan iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan PADUcare dan Pelancaran Projek “Hole In The Heart”.

Kedua dua majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Pengerusi Lembaga Governan USM merangkap selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PADUcare. Seramai 29 orang pesakit  yang terpilih dari dua buah hospital kerajaan  di Kelantan iaitu Hospital USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II telah menerima sumbangan berbentuk kerusi roda khas, tilam angin, pampers, susu  serta alatan geometri. Anggaran jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM 20,000.

“Harapan saya agar program sebegini dapat diteruskan pada masa masa akan datang kerana ianya banyak mendatangkan manfaat berguna kepada semua yang terlibat selain dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambah beliau, golongan susah wajib dibantu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian daripada kita semua. Jika kita tidak turun padang menjayakan aktiviti sebegini, siapa lagi yang akan melakukannya.

Dalam majlis yang sama, pelancaran Projek “Hole In The Heart” yan turut diadakan merupakan satu usaha murni PADUcare dengan kerjasama pihak Mydin Mohamed Holding Bhd bertujuan mewujudkan dana bagi membantu pesakit jantung berlubang terutamanya golongan kanak kanak. Ianya  turut mendapat perhatian beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia yang turut aktif dalam kerja kerja amal dan kebajikan seperti Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak Kanak HUSM (PEKA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan  St. John Ambulans Malaysia-Kelantan.

“Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pihak tuan/puan semua kerana sudi dan rela hati untuk turut sama membantu dalam usaha murni ini.Ternyata tuan/puan adalah insan yang prihatin serta berhati mulia,” katanya lagi.  

Turut sama hadir dalam majlis berkenaan ialah beberapa pegawai utama USM, wakil Ahli Lembaga Pengarah PADUcare,  wakil  pihak Mydin Mohamed Holding Bhd serta beberapa wakil dari Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

287312
TodayToday67
This_WeekThis_Week712
This_MonthThis_Month13387

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 25 September 2017.