HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

MENJANGKAUI PENEMUAN SAINTIFIK UNTUK KEPENTINGAN SEJAGAT

KOTA BHARU, KELANTAN 10 Jun 2014 – Persidangan Pascasiswazah Sains Hayat dan Kesihatan 2014 (HeLiPC 2014) dengan tema ‘Menjangkaui Penemuan Saintifik’ telah diadakan di sini baru-baru ini bagi membincangkan aspek penemuan saintifik untuk kepentingan sejagat bagi masa depan dunia penyelidikan.

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor, para saintis dan ilmuan perlu memanfaatkan pengisian dalam persidangan ini untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing.

"Ini adalah perlu bagi kepentingan semua pihak dan melihat sesuatu yang baru dalam dunia penyelidikan selain mencari ruang untuk tujuan pengkomersilan produk-produk penyelidikan terkini di pasaran dunia," kata Norazmi ketika merasmikan persidangan tersebut.

"Persidangan ini mendedahkan kepada dunia luar penemuan-penemuan saintifik dan mencari penyelesaian mengenai bagaimana untuk menjadikan penemuan itu kepada sesuatu yang lebih bermakna dan berkesan," tambah beliau. 

Persidangan anjuran INFORMM dengan kerjasama Institut Pengajian Siswazah dan Persatuan Sarjana Lanjutan USM ini telah disertai oleh seramai 140 orang pelajar Pascasiswazah dari dalam dan luar USM selain turut mendapat penyertaan peserta luar negara.

Norazmi berharap persidangan kali ini dapat membantu para peserta untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan belajar supaya lebih berdikari dan terbuka dengan dunia luar serta bijak merebut peluang yang ada.

"Sebagai ahli sains, kita perlu belajar bagaimana untuk mengemudi melalui landskap pengetahuan yang sentiasa mencabar minda kita dan platform ini bagi saya merupakan satu peluang yang amat sesuai untuk kita meneroka potensi yang bakal menanti di masa hadapan agar tidak terus ketinggalan," tambah beliau lagi.

Dalam persidangan ini juga, para peserta turut mempamerkan hasil penyelidikan melalui pameran poster dan pembentangan secara lisan. 

Turut sama hadir semasa majlis perasmian persidangan tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Adam Husein,  Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria,  Pengarah Pusat Inisiatif Penyelidikan Sains Klinikal dan Kesihatan, Profesor Dr. Nik Soriani Yaacob, Timbalan Dekan (Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Rosline Hassan serta para jemputan dalam dan luar USM.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

287312
TodayToday67
This_WeekThis_Week712
This_MonthThis_Month13387

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 25 September 2017.