BANTUAN BUKAN SEKADAR WANG RINGGIT - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

BANTUAN BUKAN SEKADAR WANG RINGGIT

KUBANG KERIAN, 7 Julai 2015 – Mengambil keberkatan Ramadhan tahun ini, warga Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), di sini memberi sinar kepada penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Lilbanat Darul Naim Tahfiz dan Kemahiran, Banggol Judah, Machang dengan bantuan kelengkapan asrama bagi memberi keselesaan kepada mereka.

Pengarah Program, Roziana Mohamed Hanaphi berkata, bantuan yang diberikan melangkaui wang ringgit semata-mata, sebaliknya lebih menekankan kepada aspek keselesaan dan pembangunan pendidikan akademik penghuninya.

Katanya, program khas itu juga dibuat bagi mendekatkan diri warga INFORMM dengan anak-anak kurang bernasib baik dengan meraikan mereka dalam majlis iftar, serentak penyerahan sumbangan seperti meja belajar, rak kasut, ampaian dan pelbagai lagi.

``Rumah anak-anak yatim ini mula ditubuhkan pada Oktober 2013 di bawah Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan. Majlis berbuka puasa ini merupakan program fasa satu daripada keseluruhan  program jangka panjang bersama anak-anak ini.

``Program ini juga dibuat selaras dengan hasrat USM untuk melahirkan mahasiswa yang berinovasi dalam mendekati masyarakat melalui Strategi 1 iaitu transformasi bakat dan sumber manusia ke arah memacu kecemerlangan pengajian tinggi,’’ katanya.

Tambah beliau, program jangka masa panjang itu turut dibuat dengan harapan untuk melihat persekitaran yang baik dapat melahirkan warga rumah anak yatim cemerlang dan terbilang.

Dalam pada itu, pengasas Rumah Anak-Anak Yatim Lilbanat Darul Naim Tahfiz dan Kemahiran, Mohd Nazrey Mohamad Nor pula berkata, pihaknya berterima kasih pada warga USM kerana sanggup datang dan menceriakan penghuni rumah amal tersebut.

Katanya, program seumpama itu perlu terus diperluas khasnya yang memberi penumpuan kepada pembangunan akademik anak-anak yatim bagi membolehkan mereka turut cemerlang dan menjadi insan terbilang pada masa depan.

``Kita amat berharap sekiranya terdapat kumpulan pelajar yang boleh mengadakan program akademik seperti tuisyen dan program mentor mentee bagi membantu meningkatkan tahap akademik anak-anak tersebut memandangkan kebanyakan mereka dikategorikan sebagai lemah akademik,’’ ujar beliau.

Dalam pada itu, program tersebut melibatkan 23 warga INFORMM yang terdiri dari pensyarah, pelajar siswazah, staf dan pelatih industri.

Program dimulakan dengan solat asar berjemaah diikuti sesi taaruf bersama anak-anak yatim bagi mengenali latar belakang keluarga dan permasalahan dalam pembelajaran.

Tinjauan kawasan telah dilakukan bagi mengenalpasti kemudahan yang perlu ditambah atau diperbaiki untuk program fasa seterusnya. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan makan ringan dan bersolat maghrib.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

361903
TodayToday41
This_WeekThis_Week1052
This_MonthThis_Month10361

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 20 February 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown