HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

NATIONAL CONFERENCE ON MEDICAL AND HEALTH SCIENCES (NCHMHS) KALI KE-20 KONGSI ILMU MENGENAI BENCANA BANJIR

IMG 3652

KUBANG KERIAN, 14 September 2015 – Penganjuran Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan atau ‘National Conference on Medical And Health Sciences’ (NCHMHS) kali ke-20 dengan bertemakan “Humans and Nature Wellness: Balancing A Healing Act” menjadi satu inisiatif untuk membincangkan serta berkongsi maklumat hasil daripada kajian mengenai bencana banjir yang telah dijalankan dan pendekatan yang diambil melalui pendidikan kesihatan oleh pelbagai agensi sama ada kerajaan mahu pun swasta untuk memastikan masa hadapan yang lebih selamat dan terancang.

Persidangan yang diadakan selama tiga hari bermula pada 12 September 2015 itu merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Profesor Dr Rosline Hassan,  disertai oleh pegawai-pegawai perubatan, saintis dan pelajar.

IMG 3708

Pengarah Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed ketika berucap pada persidangan tersebut berkata, setelah mengambil kira peristiwa banjir besar yang melanda Pantai Timur, khususnya negeri Kelantan pada tahun lalu, pandangan daripada ilmuan dan pengkaji dari luar negara khususnya Jepun dan India yang selalu berhadapan dengan bencana alam juga turut diambil perhatian.

“Walaupun kita berjaya menghadapi keadaan semasa bencana, kesan-kesan selepas itu masih belum diketahui dan kita dapat melihat kerosakan fizikal serta cuba membantu, tetapi hal-hal yang berkaitan perubatan dan kesihatan memerlukan pendekatan yang menyeluruh," kata Mafauzy.

IMG 3688

Tambahnya, faktor-faktor keadaan sosial dan mental perlu diambil kira. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk menampung keperluan masyarakat yang terjejas dan juga untuk mempersiapkan diri dengan apa-apa keadaan pada masa akan datang.

Persidangan ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mencapai matlamat yang disasarkan melalui sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), para penyelidik dan agensi korporat dari dalam dan luar negara.

“Saya percaya persidangan selama tiga hari ini merupakan platform pertukaran idea dan pengetahuan serta perbincangan yang dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik dan menghargai senario perubatan dan kesihatan di negara kita,” katanya.

Yang turut hadir di persidangan itu ialah Dekan PPSP, Profesor Ahmad Sukari Halim serta ketua-ketua jabatan di Kampus Kesihatan, USM.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

285572
TodayToday273
This_WeekThis_Week2532
This_MonthThis_Month11647

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 September 2017.