HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

NABIL HUSAINI JUARA BRAIN BEE CHALLENGE WAKIL MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT

KUBANG KERIAN, KELANTAN 20 April 2014– Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Nabil Husaini Mohd Kamarul Abrar, 16, memenangi tempat pertama dan dipilih mewakili negara dalam Pertandingan “International Brain Bee Championship (IBB) 2014” yang akan berlangsung di Washington DC, Amerika Syarikat pada bulan Ogos ini.Nabil Husaini mengalahkan dua pencabar terdekatnya dalam Pertandingan Akhir  Program “Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) 2014” Peringkat Kebangsaan yang disertai oleh 15 orang peserta dari dalam kalangan 13 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yang berlangsung di sini hari ini.

“Saya memang tidak menyangka menang kerana saingan amat sengit dan hebat-hebat semuanya,  namun bersyukur dengan anugerah ini dan akan membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi cabaran yang lebih getir di peringkat antarabangsa nanti,” kata Nabil Husaini mengulas kejayaan yang dicapainya.

Untuk Pertandingan Mencipta Logo MBBC 2014 pula ianyatelah dirangkul oleh pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan,  Izzalia Amalini Abdul Halim, 17,  manakala Anugerah Al-Biruni yang diwujudkan sebagai  pengiktirafan kepada mana-mana peserta yang menunjukkan purata pemarkahan yang konsisten sepanjang penilaian pertandingan telah disandang oleh pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan, Thoriqziad Absha Abdul Rahman, 17.

Sementara itu, berucap merasmikan program tersebut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) USM, Profesor Dato’ Dr. Susie See Ching Mey memuji usaha Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM yang menubuhkan Kelab Neurosains di beberapa buah sekolah di  Malaysia  sebagai  langkah yang baik untuk melatih para pelajar sekolah memahami bidang Neurosains selain  dapat menanam minat mereka terhadap bidang tersebut.

Tambahnya,  USM  sentiasa  membantu memberikan kepakaran dan kemudahan dalam pelbagai bidang ilmu dalam membantu proses pembangunan masyarakat dan bersedia turun padang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutamanya untuk memperkasakan ilmu dalam kalangan komuniti.

“Saya juga  ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang ada pada hari ini dengan kesungguhan yang ditunjukkan dalam memastikan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan penuh meriah,” katanya lagi.

Hadir sama  ialah Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan) PPSP, Profesor Dr. Din Suhaimi Sidek, Ketua Jabatan Neurosains PPSP, Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah, wakil-wakil daripada Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia, para guru dan pelajar sekolah terlibat serta para pegawai utama USM yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

285572
TodayToday273
This_WeekThis_Week2532
This_MonthThis_Month11647

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 September 2017.