HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

NABI MUHAMMAD S.A.W IKON TERBAIK UMAT ISLAM SEJAGAT

KUBANG KERIAN, KELANTAN 23 Januari 2014–  Keperibadian unggul Nabi Muhammad S.A.W merupakan ikon terbaik untuk dijadikan ikutan dan contoh dalam kita menjalani kehidupan seharian. Corak hidup dan sifat peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Rasullulah tiada tolok bandingnya serta terbilang di serata alam apatah lagi dengan pergorbanan besar yang dilakukan oleh Baginda dalam mendaulatkan Islam di mata dunia.

Pengarah Pusat Islam USM, Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Hj. Salleh ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Kampus Kesihatan USM memberitahu bahawa umat Islam perlu untuk menghayati peranan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang bermati-matian mempertahankan agama Islam sehingga kita penganutnya dihormati dan disanjung oleh agama lain sehingga sekarang.

“Kalaupun kita tidak mampu untuk memiliki semua sifat mulia yang ada pada Jujungan Mulia kita Nabi Muhammad S.A.W, cukuplah kita menjadikan suruhan dan larangannya sebagai amalan hidup seharian kita,” katanya.

“Jika sesungguhnya kita menyatakan rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi pada Jujungan Mulia kita, maka perlulah buktikannya dengan perbuatan dan tingkah laku kita, bukan sekadar ungkapan semata mata,” tambah beliau.

Beliau juga turut mengingatkan agar umat Islam tidak terus leka dengan harta keduniaan semata-mata serta terikut-ikut dengan budaya barat yang boleh memesongkan akidah dan pegangan agama tetapi kembali mengamalkan ajaran Islam yang sememangnya cukup sempurna untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Terdahulu dalam majlis yang sama turut menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Hj. Wan Nudri Wan Daud yang menyatakan Pusat Islam USM kini mempunyai sekolah angkatnya yang dipilih berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan.

“Sebenarnya tujuan utama jalinan muhibah ini dilakukan adalah kerana pihak USM ingin menghulurkan bantuan yang seikhlas hati untuk para pelajar yang terlibat terutamanya dalam aspek kebajikan dan perkembangan proses pembelajaran mereka agar terjaga dan berdaya maju,” ujar beliau.  

Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini juga diserikan pengisiannya dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah diperdengarkan oleh staf Pusat Islam, Kampus Kesihatan, USM, persembahan nasyid oleh pelajar sekolah  serta sesi doa dan selawat untuk Jujungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W  selain Penyerahan Watikah Pelantikan Sekolah Angkat Pusat Islam USM dan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Malaysia (IPSI), Tuan Hj. Kamaruddin Abdullah yang bertajuk “Lau Kana Bainana Al-Habeeb”. 

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Md. Yusof Abdul Rahim serta para pegawai utama USM yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

285572
TodayToday273
This_WeekThis_Week2532
This_MonthThis_Month11647

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 September 2017.