HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

MNA BANTU JURURAWAT SEDIA BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Minggu PSI2015 002

KUBANG KERIAN, 21 Oktober 2015 - Pendidikan pesakit amat penting dalam pencegahan penyakit dan komplikasi kerana pesakit perlu diberi pendidikan kesihatan awal mengenai penyakit yang dihidapi mahu pun rawatan yang diberi untuk membantu meningkatkan keberkesanan rawatan dan mengelakkan komplikasi akibat ketidak patuhan pada rawatan, terutamanya ketika berada di rumah.

Sehubungan itu Bahagian Pendidikan, Persatuan Jururawat Malaysia (MNA), Cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengadakan Bengkel Belajar Kaedah Menghasilkan Alat Bantu Mengajar Untuk Pendidikan Pesakit yang bertemakan 'Pencegahan Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati.'

Menurut Penolong Pengarah, Unit Kejururawatan, Chik Hussin, bengkel ini adalah untuk para jururawat menarik minat pesakit bagi menerima pendidikan yang diberikan seterusnya melakukan perubahan cara hidup yang diperlukan dengan menggunakan bahan pendidikan yang berkesan untuk  meningkatkan daya ingatan serta kemahuan pesakit untuk berubah kerana komplikasi penyakit kronik, pembedahan serta masalah lain boleh dielakkan sekiranya pesakit mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan.

IMG 0459

“Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pesakit yang kebiasaannya pendidikan ini diberikan kepada pesakit dan saudara mara ketika berada di dalam wad atau sebelum discaj dari hospital namun memandangkan masa yang diperuntukkan untuk sesi pendidikan kesihatan amat terhad, maka alat bantuan pengajaran yang ringkas, padat dan menarik amat diperlukan,” katanya sebagai Pengerusi MNA.

Tambah Chik, Bahagian Pendidikan MNA mengambil tanggungjawab ini untuk mempersiapkan para jururawat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan bahan pendidikan dan menggunakan kreativiti mereka sendiri selepas mereka menghadiri bengkel ini.

Peserta bengkel yang merupakan jururawat, Md Fadhil Mat Amin berkata, bengkel ini memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan dalam memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit serta memberikan impak positif serta menambahkan kemahiran yang sedia ada dalam membuat bahan rujukan serta ilustrasi mengikut tata etika serta penggunaan perisian komputer bagi menyediakan bahan-bahan pendidikan yang kreatif dan menarik.

IMG 0457

Bengkel ini juga memberi pendedahan tentang penggunaan Pelan Pengajaran (Lesson Plan) melalui  aktiviti pendidikan kepada pesakit.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

285572
TodayToday273
This_WeekThis_Week2532
This_MonthThis_Month11647

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 September 2017.