USM-HANNAN MEDISPA JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN

KOTA BHARU, 20 Ogos 2019 - Universiti Sains Malaysia hari ini menandatangani dokumen perjanjian (MoA) dengan Hannan Medispa Group bagi menghasilkan satu prototaip untuk pesakit yang mengalami 'facial pain'.

Dokumen yang ditantangani oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail, FASc dan Dato' Dr Mohd Hannan Mohd Yusof merupakan satu perjanjian kerjasama pintar dalam menghasilkan prototaip bagi membantu pesakit yang mengalami masalah 'facial pain'.

"USM menyambut baik kerjasama strategik antara universiti dan industri kerana universiti mempunyai kepakaran, teknologi dan kebolehan yang dapat membantu memajukan industri tempatan di samping meningkatkan KPI Universiti sendiri".

"Adalah diharapkan melalui kolaborasi ini, penyelidik USM dapat hasilkan prototaip tersebut dengan bantuan dana yang disalurkan oleh Hannan Medispa dan ianya dapat dikomersilkan. Ini adalah salah satu cara Universiti membantu industri tempatan yang bertaraf SME untuk mencapai tahap 'unicorn'", ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Penyelidik yang juga Pakar Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Dr Nur Karyatee Kassim,  penyelidikan yang turut disertai oleh pensyarah perubatan serta staf pemulihan bakal menghasilkan alat menggunakan teknologi 'wireless' dan percetakan tiga dimensi (3D).

"Hannan Medispa bersetuju menyalurkan dana bagi membiayai penyelidikan sehinggalah produk inovasi yang dikenali sebagai 'Face UP v1.0' dihasilkan".

"Kami amat berterima kasih kepada Hannan Medispa di atas kerjasama ini kerana secara tidak langsung membuktikan bahawa golongan pakar perubatan bukan sahaja merawat pesakit malahan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan inovasi dalam penambahbaikan pengurusan pesakit".

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Unit Fotografi UKAST

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:03 December 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.