KESEDARAN SEMASA PEMBEDAHAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Oktober 2019 - Tanggal 16 Oktober 1846 merupakan tarikh bersejarah dalam dunia perubatan yang mana pembiusan telah berjaya dipamerkan menggunakan eter sebagai asas pembiusan. Melalui penemuan ini, bermula revolusi pembedahan yang berkembang pesat menggunakan bantuan pembiusan dan membantu doktor-doktor melakukan pembedahan dengan lebih selesa.

Pada hari ini, ubat bius diberi secara suntikan dan inhalasi bertujuan menghilangkan kesedaran, rasa sakit dan perlumpuhan otot. Namun begitu, masalah kesedaran semasa pembiusan dan pembedahan boleh berlaku akibat ketidakseimbangan antara kedalaman paras pembiusan dengan ransangan pembedahan yang didedahkan terhadap pesakit.

nikabdullah

Pakar Perunding Anestesiologi dan Rawatan Kritikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Nik Abdullah Nik Mohamad berkata, berdasarkan kajian, secara amnya mendapati satu hingga dua pesakit bagi setiap 1,000 pesakit mengalami kesedaran semasa pembedahan dan kebanyakan mereka tidak berasa sakit walaupun terdapat satu pertiga mengadu kesakitan di bahagian tekak atau di bahagian yang dibedah.

"Kesedaran semasa pembedahan akan memberi kesan psikologi kepada pesakit termasuklah kebimbangan, takut keterlaluan, gangguan tidur, mimpi buruk dan trauma atau kemurungan.

nikabdullah1

"Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kesedaran intraoperatif antaranya masalah variasi keperluan dos di antara pesakit kerana farmakogenetik boleh mengubah keperluan dos setiap pesakit dan kaedah mengukur tahap kedalaman paras pembiusan menggunakan minimun alveolar concentration (MAC)", jelasnya semasa menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM hari ini.

"Pengurusan kesedaran semasa pembedahan perlu ditekankan dengan mengambil kira sejarah pesakit contohnya penggunaan dadah, pengambilan ubat untuk kesakitan kronik, masalah jantung  serta pembedahan semasa bersalin di mana pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan sebelum pembedahan. Manakala selepas pembedahan, sekiranya pesakit mengadu tersedar semasa pembedahan dijalankan, adalah penting untuk doktor menyelidik dan mencari punca berlakunya masalah tersebut”.

nikabdullah2

Jelas Nik Abdullah, salah satu cara untuk mengurangkan risiko kesedaran adalah dengan menggunakan alat pemantauan kedalaman bius.

"Pemonitoran end-tidal kepekatan gas bius berupaya memberi gambaran tahap kedalaman pesakit dibius. Walaupun nilai minimun alavelor concentration itu merujuk kepada tindak balas motor, secara amnya didapati risiko kesedaran itu dapat dikurangkan apabila pesakit menerima sukatan ubat bius dalam dos tertentu.

"Langkah-langkah pencegahan lain termasuklah menggunakan pemonitoran konvensional dan peka dengan perubahan hemodinamik luar batasan. Tanda-tanda klinikal yang mungkin berlaku akibat kesedaran harus diberi perhatian dan langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil," katanya.

nikabdullah3

Secara kesimpulanya, Nik Abdullah menegaskan kesedaran semasa pembedahan masih boleh berlaku  walaupun insidennya tidak tinggi. Sekiranya berlaku, kesannya amat buruk dan pentingnya untuk mengelakkan daripada berlaku. Doktor bius harus pandai mengenalpasti kes pesakit berisiko tinggi dan mengubah suai penggunaan ubat dan teknik pembiusan untuk mengurangkan risiko berlakunya kesedaran.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob/Foto: Unit Fotografi UKAST

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:03 December 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.