PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI FARMASI BERI KEMUDAHAN KEPADA PESAKIT DAPATKAN UBAT SUSULAN

IMG 20200605 114254

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Jun 2020 - Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi atau 'Value Added Services' (VAS) merupakan perkhidmatan inovatif yang disediakan bertujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan ubat susulan. Ia melibatkan aktiviti pendispensan ubat dengan preskripsi jangka panjang bagi bekalan ubat susulan dan semasa mereka.

Menurut Ketua Pegawai Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Hajjah Norita Abdul Hamid, terdapat empat (4) Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang diperkenalkan iaitu menerusi kaedah telefon/aplikasi whatsapp dan ambil, serah kad/slip ubat dan ambil, pos ubat dan hantar ubat menerusi aplikasi telefon pintar.

"Bagi kaedah telefon/whatsapp dan ambil, pesakit boleh menggunakan medium ini untuk memaklumkan tarikh temu janji kepada pihak farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Ubat-ubatan pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh mengambil ubat susulan dan hal ini dapat menjimatkan masa menunggu sekaligus mengurangkan kesesakan di ruang menunggu farmasi terutama di waktu puncak.

"Menerusi kaedah serah kad/slip ubat dan ambil pula, pesakit digalakkan menyerahkan kad temu janji atau slip ubat sehari sebelum di kaunter Farmasi Pesakit Luar dan datang keesokkannya untuk mendapatkan bekalan ubat semasa atau susulan mereka tanpa perlu menunggu lama," ujarnya.

Norita berkata, Hospital USM juga menawarkan khidmat pos ubat anda menerusi perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia dengan caj penghantaran yang minima melalui Pos Laju Malaysia.

"Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di sesetengah kawasan di Kelantan melalui penghantar (runner) menerusi aplikasi telefon pintar (BungkusIT/Grab/MyCar/Maxim) mengikut kadar caj penghantaran yang ditetapkan.

"Semua perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak farmasi dan pesanan yang diterima sebelum jam 1.00 tengah hari sahaja yang akan diproses," jelasnya lagi.

Tambah Norita, sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihaknya di talian  09 767  3000 ext 3393/ 95 /96 atau menerusi whatsapp: 0 111 5353 001 (www.wasap.my/601115353001) dan pendaftaran secara dalam talian di pautan berikut: https://bit.ly/2XDTXXA.

Sementara itu, Pengarah Kampus Kesihatan yang juga Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, Hospital USM sentiasa berusaha menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan khususnya pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

"Hospital USM menerusi Unit Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi mula memperkenalkan beberapa kaedah alternatif pengambilan ubat bagi memudahkan semua pihak selaras dengan kemudahan teknologi terkini.

"Pengurusan Hospital USM mensasarkan pelanggan lebih berpuas hati dengan pelbagai saluran serta alternatif pengambilan ubat yang diperkenalkan di samping mengurangkan kesesakan di Jabatan Farmasi," katanya.

Sukari berharap semoga inisiatif yang diperkenalkan ini memberi impak positif kepada para pelanggan Hospital USM dan masyarakat negeri Kelantan khususnya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

doctor di radio

infomedic usmkk

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:11 August 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.