USM TERIMA RM500,000 BIAYA PESAKIT B40

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Julai 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan berjumlah RM500,000 daripada Yayasan UEM untuk pembiayaan perubatan pesakit yang memerlukan bantuan.

 IMG 20200706 125836

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan UEM Group Berhad yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Sukari, sumbangan yang diterima ini bakal memberi manfaat kepada sebahagian besar pesakit kategori B40 khususnya golongan asnaf daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan memerlukan rawatan segera.

“Sumbangan daripada syarikat korporat sebegini amat penting dalam membantu hospital pengajar universiti (HPU) membiayai rawatan perubatan supaya hospital kekal menerima kes-kes berkualiti untuk pengajaran di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit,” ujarnya.

Tambah Sukari, sumbangan Yayasan UEM kepada Hospital USM  bagi tahun kedua ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat negeri Kelantan dan Pantai Timur khususnya serta Hospital USM amnya.

“Bagi pihak Hospital USM, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan UEM atas keprihatinan membantu menampung pembiayaan perubatan pesakit. Sumbangan yang diterima, apabila digabungjalinkan dengan kepakaran yang ada di Hospital USM, InsyaAllah dapat memberi nilai tambah yang cukup baik kepada masyarakat.

“Saya juga berharap agar sumbangan ini akan berterusan selamanya serta lebih ramai individu dan syarikat-syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr Mohd Imran Yusof dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Profesor Madya Dato' Dr Abdul Rahman Izaini Ghani.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

doctor di radio

infomedic usmkk

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:11 August 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.