SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Ogos 2020 - Tidak dinafikan lagi bahawa penyusuan badan merupakan antara cara yang paling efektif untuk memastikan kesihatan dan perkembangan bayi malah menyusu anak dengan susu badan bukan hanya seruan kerajaan, namun ianya merupakan tuntutan dalam agama Islam.

SAVE 20200813 155548

Tahun 2020 merupakan tahun ke-28 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut dengan tema ‘Sokong Penyusuan Susu Ibu Ke Arah Kesejahteraan Sejagat' atau “Support Breastfeeding For A Healthier Planet”.

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tahun 2020 telah dilancarkan oleh Pengarah Kampus Kesihatan yang juga Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dalam satu majlis ringkas di perkarangan Klinik Obstetrik dan Ginekologi, hari ini.

SAVE 20200813 155535

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mendidik cara penyusuan susu ibu atau ‘Continuous Breastfeeding Education’ (CBE) yang dibuat secara atas talian melalui aplikasi WEBEX, pameran penyusuan susu ibu, promosi kelas antenatal, penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu lepas bersalin dan banyak lagi.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:25 October 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.