MOHD NAJMI CONTOH KEJAYAAN LATIHAN TRANSFORMASI OKU USM

KOTA BHARU, KELANTAN, 22 Ogos 2020 - Program Latihan Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU) yang diperkenalkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) memberi impak positif yang meluas kepada para pelatih.

Mohd Najmi Uddin Nasri, pemuda berumur 26 tahun yang mengalami masalah pembelajaran telah membuktikan kekurangan tersebut bukan halangan untuk beliau berjaya dan hidup berdikari.

da5befee d1ae 4a06 9d44 28a20c5956fe

Dengan sokongan keluarga, Mohd Najmi berjaya membuka perniagaan Nurseri Harmoni Hijau Trading setelah setahun mendapat bimbingan dan latihan pekerjaan dalam projek pertanian komersial dari kepakaran Terapi Carakerja (Occupational Therapy) di Pusat Dalam Komuniti (PDK) USM. Bimbingan dan dan perhubungan antara PDK USM dan perniagaan beliau adalah berterusan dengan dibantu oleh sukarelawan.

Menurut Ketua Unit Transformasi OKU, PPSK USM, Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim, Mohd Najmi adalah bukti kejayaan program latihan transformasi OKU di PDK dan menjadi OKU contoh. Walaupun kurang upaya, OKU yang mempunyai masalah pembelajaran seperti beliau boleh berjaya jika diberikan latihan dan sokongan yang bersesuaian.

8bfe2ad2 dd29 47a6 b35f 177bc505f331

"Mohd Najmi mengikuti Program Latihan Pertanian Komersial dan menerima anugerah Pelatih OKU terbaik program latihan Pekerjaan OKU Intelek USM pada tahun 2019 yang di adakan di USM Pulau Pinang.

"Atas inisiatif dan sokongan ahli keluarga, Nurseri Harmoni Hijau Trading telah dibuka dan dirasmikan pada 14 Disember 2017," katanya.

Pada Bulan Mac 2020, Muhammad Najmi telah menerima kelulusan geran bantuan sebanyak RM50,000 dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU).

039b50e7 2f37 4568 8e2b 275351ee3b5e

Kejayaan Mohd Najmi membuktikan kerjasama pelbagai agensi, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan USM khasnya membolehkan insan istimewa juga mampu berjaya dan berdikari jika diberi latihan, sokongan dan peluang yang sama dengan individu normal yang lain.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / foto: Masliza Yazid

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:25 October 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.