DENGAN HANYA RM1, MASYARAKAT BERUPAYA BANTU PENYELIDIKAN OTAK, MINDA DAN NEUROSAINS MALAYSIA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Ogos 2020 – Rakyat Malaysia berpeluang menjadi sebahagian penyumbang kepada pembangunan penyelidikan otak, minda dan neurosains, satu bidang kritikal yang amat penting dalam dunia perubatan di negara ini dengan hanya RM1.

Ia berikutan langkah proaktif yang diperkenalkan oleh Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) yang memberi peluang untuk masyarakat menyumbang RM1 setiap seorang bagi memastikan penyelidikan terhadap otak, minda dan neurosains dapat diteruskan dalam usaha melahirkan penyelidikan yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

SAVE 20200828 052038

Pensyarah dan Pakar Neurosurgeri, Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Pengasas YPOMNM, Profesor Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah berkata, penyakit atau gangguan berkait otak, minda (mental) dan sistem saraf merupakan salah satu masalah kesihatan utama khususnya di Malaysia dan juga di peringkat global.

“Justeru, penyelidikan yang berkaitan dengan otak, minda dan neurosains akan menghasilkan data-data penting untuk mencegah, merawat dan mengubati penyakit-penyakit tersebut.

“Walau bagaimanapun, penyelidikan dalam bidang ini di negara kita masih lagi sedikit disebabkan oleh kekangan sumber manusia dan peruntukan bagi melaksanakannya,” katanya ketika ditemubual, hari ini.

SAVE 20200828 052056

Menurut Jafri, YPOMNM ditubuhkan sejak tahun 2017 dan diperakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bertujuan menyediakan bantuan perkhidmatan dan kewangan serta mendapatkan dana dan sumbangan kepada para penyelidik aktif yang berminat untuk menjalankan sebarang penyelidikan berkaitan otak, minda dan neurosains
.
“YPOMNM juga akan melancarkan projek ‘Donations For Malaysian Brain Initiative Project 2020/2021: Aiming RM1 Per One Malaysian Citizen’ bermula September ini bagi mencari dana untuk kelangsungan penyelidikan ini.

“Projek ini adalah aktiviti YPOMNM yang serupa dengan konsep ‘Mega Brain Initiatives” yang sudah ada sejak 2017 di tujuh (7) buah negara iaitu ‘US Brain Initiative’, ‘Canadian Brain Research Strategy’, ‘EU Human Brain Project’, ‘China Brain Project’, ‘Australian Brain Alliance’, ‘Korean Brain Initiative’ dan ‘Japan Brain/Minds’,”ujar beliau lanjut.

Jafri berkata, YPOMNM berharap agar projek ‘Malaysian Brain Initiative’ menerusi kempen mengumpulkan RM1 daripada sekurang-kurangnya 15 juta rakyat Malaysia dapat membantu menambah dana untuk mewujudkan geran penyelidikan pengetahuan asas, klinikal dan yang berkait dengan neurosains.

“Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membiayai geran penyelidikan kepada institusi atau penyelidik yang berkelayakan bagi tujuan mewujudkan pangkalan data mengenai penyakit neurologi dan psikologi tempatan.

“YPOMNM berterima kasih kepada semua penyumbang terdahulu dan mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam menghasilkan penyelidikan yang terbaik. Selain itu, YPOMNM juga layak untuk menerima wang shubhah atau wang gharar daripada badan-badan Institusi Kewangan Islam selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-121 pada November tahun lalu,” jelasnya lagi.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Islamic Berhad, nombor akaun: 564258588020 (Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia).

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:25 October 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.