NATIONAL CATARACT CAMP BANTU 50 PESAKIT B40 HOSPITAL USM TERIMA KANTA MATA PERCUMA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Oktober 2020 – ‘World Sight Day’ atau Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memberi kesedaran global terhadap masalah kebutaan dan kurang daya penglihatan.

SAVE 20201009 163828

Program ‘National Cataract Camp’ bersempena dengan ‘World Sight Day 2020’ merupakan satu program khidmat masyarakat berasaskan ‘Hospital-based Community Project’ bertujuan membawa masyarakat ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menerima rawatan masalah katarak melalui pembedahan yang melibatkan pakar – pakar Oftalmologi.

Ketua Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM merangkap Penasihat ‘World Sight Day’ peringkat Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shatriah Ismail berkata, projek ‘National Cataract Camp 2020’ ini melibatkan kolaborasi antara tiga pihak utama iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta enam buah hospital seluruh negara.

"Terdapat 5 buah hospital yang terlibat iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Mukriz dan Hospital USM.

SAVE 20201009 140609

“NGO utama yang terlibat dalam kolaborasi ini ialah Rotary Club dan Lion Club yang telah menyumbang 50 kanta mata atau manik percuma kepada pesakit-pesakit katarak berstatus B40 di setiap hospital yang terlibat selain mengambil inisiatif untuk merujuk kes-kes kurang penglihatan ke hospital untuk dirawat," ujarnya ketika ditemui di Jabatan Oftalmologi d sini, hari ini.

Tambah Shatriah, setakat ini 30 kanta mata telah digunakan untuk pembedahan katarak kepada pesakit yang memerlukan.

SAVE 20201009 140620

"Saya berharap agar projek sebegini menjadi program tahunan supaya dapat membantu golongan yang amat memerlukan selain berharap agar lebih ramai NGO tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan," jelasnya lagi.

Peralatan dan keperluan selepas pembedahan telah ditaja oleh Alcon (M) Sdn Bhd dan Pronature Farmasi.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Adam Husein melalui persidangan WEBEX.

Turut hadir dalam program tersebut ialah
Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam, turut serta secara online Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Norfariza Ngah, Rotary Club Damansara, Mr Yim Ken Fei, Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Norhalwani Hussain.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:03 December 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.