JADILAH PENGGUNA BIJAK, ELAK PILIH KOSMETIK MENGANDUNGI BAHAN BERBAHAYA

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 Ogos 2020 - Kosmetik merangkumi pelbagai produk yang digunakan untuk merawat dan mengubah wajah atau badan termasuk penjagaan kulit dan diri. Terdapat tiga klasifikasi kosmetik iaitu barang bilas seperti sabun dan krim muka, barang-barang yang ditinggalkan seperti krim badan dan pelindung matahari serta solekan seperti gincu dan cat kuku. Namun begitu, produk kosmetik melibatkan penjagaan kulit muka merupakan permintaan paling tinggi oleh pengguna pada masa kini.

IMG 20200808 204224

Menurut Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar, pengguna harus bijak memilih produk kosmetik yang tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat digunakan.

“Terdapat pelbagai bahan berbahaya dicampur dalam kosmetik yang tidak berdaftar terutama produk yang diseludup masuk dari negara jiran mengandungi merkuri, plumbum, arsenik dan sianida penyebab berlakunya alahan dan iritasi kulit.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kosmetik di pasaran dikesan mengandungi racun berjadual seperti asid azelaik, hidrokuinon dan tretinoin serta semua racun tersebut adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Pengguna juga perlu tahu campuran logam berat turut menyebabkan masalah saraf, ketaran, gangguan ingatan dan emosi, masalah pendengaran, penglihatan serta buah pinggang,” katanya ketika ditemubual bersama stesen radio tempatan, hari ini.

Jelas Siti Fatimah, secara umum, bahan semulajadi merupakan bahan yang berasaskan sumber tumbuhan, haiwan atau mineral tanpa mengalami sebarang proses kimia atau tidak mengandungi sebarang sebatian kimia dan biasanya ditambah ke dalam suatu produk kosmetik dan berfungsi sebagai bahan utama dalam produk tersebut.

"Bahan sintetik pula merupakan bahan yang dihasilkan melalui tindak balas kimia, atau bahan yang berasal daripada sumber semulajadi yang telah diubah secara kimia dan yang selalu menjadi isu adalah merkuri serta hidrokuinon.

dr siti fatimah

Tambah Siti Fatimah, hidrokuinon adalah bahan yang sering digunakan pada krim pemutih kulit, krim merawat pigmentasi seperti jeragat dan pelekat kuku dan ianya boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit dan kulit menjadi hipersensitif. Ia juga menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Terdapat alternatif lain yang lebih selamat untuk menggantikan produk-produk pemutihan atau produk rawatan jeragat iaitu mengunakan kaedah laser atau kaedah ‘chemical peel’ dengan mengelupaskan kulit lapisan demi lapisan untuk membantu memudarkan jeragat," katanya.

Siti Fatimah berkata, pencegahan pigmentasi turut boleh dilakukan dengan pengunaan ‘sun screen’ setiap kali keluar rumah serta pengambilan makanan tambahan yang mengandungi 'Carotenoids' atau 'Glutathione'.

"Antara tip yang disarankan kepada pengguna untuk penjagaan kulit adalah jangan terlalu lama terdedah kepada pancaran matahari terutama pada jam 10 pagi hingga 2 petang kerana ia mampu menyebabkan ‘foto ageing’ iaitu kedutan halus.

"Amalkan pemakaian 'sunscreen' jika melalukan aktiviti luar rumah sekurangnya yang mengandungi ‘Sun Protection Factor’ (SPF) 30 dan pemakanan yang seimbang akan membekalkan nutrisi yang cukup pada kulit selain tidur yang cukup dan elakkan merokok," jelasnya.

Siti Fatimah turut menasihatkan orang ramai agar ‘back to basic’ iaitu amalkan pencucian wajah dengan air suam atau pencuci wajah tanpa alkohol dan pewangi dua kali sehari selain mengunakan pelembab dan 'sun screen' bila melakukan aktiviti luar rumah. Seterusnya orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk yang ingin digunakan secara ‘online’ menerusi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di alamat (https://www.npra.gov.my). Jika produk tersebut berdaftar dengan agensi ini maka ia selamat digunakan.

Teks & Foto : Mohd Hafiz Ya’acob

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:03 December 2020.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.