HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

hmi1

KOTA BHARU, 1 Ogos 2017 - Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) terus diperkasakan melalui pembentangan beberapa resolusi dalam Konvensyen Peringkat Kebangsaan kali ke empat yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Julai di Dewan Bunga Raya Hotel Perdana.

Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepaduan komprehensif bagi hospital mengamalkan kecemerlangan perkhidmatan dan memberi fokus kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan nilai-nilai islam kepada pekerja, pesakit dan waris pesakit.

hmi2

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asma Ismail, konvensyen ini merupakan medan terbaik untuk mengutarakan, membincangkan seterusnya mengeluarkan konklusi dan resolusi yang terbaik bagi setiap permasalahan dan isu-isu yang timbul.

"Mesra ibadah tidak terhad hanya kepada menyediakan kemudahan kepada pesakit  menunaikan ibadah tetapi ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi cabaran masa kini dan perbezaan agama," katanya dalam sidang media selepas Perasmian Konvensyen HMI.

hmi3

Tambah Asma, beberapa resolusi akan dibentangkan antaranya 'Hala Tuju HMI di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)', 'HMI Sebagai Platform Hospital Patuh Syariah', 'Hala Tuju Penjagaan Spiritual di Hospital' dan banyak lagi.

"Penganjuran HMI kali ini dijayakan melalui kerjasama erat antara Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM," jelasnya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Datuk Dr Azman Abu Bakar. Pengarah Hospital Sungai Buloh merangkap Pengerusi bersama HMI, Dato' Dr Khalid Ibrahim dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 16 August 2017.