HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

WAKIL TUNGGAL ‘MALAYSIA BRAIN BEE CHALLENGE’ LAKAR KEMENANGAN DI WASHINGTON

brain2

KUBANG KERIAN, 7 OGOS 2017 – Menggalas tanggungjawab sebagai wakil tunggal Malaysia ke pertandingan ‘International Brain Bee Championship’ (IBB) ternyata menjadi sejarah terindah buat Elwin Raj Vethamuthu, 17 apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan berprestij itu di Washington, Amerika Syarikat baru-baru ini.

brain5

Beliau yang juga juara dan penerima Anugerah Al-Biruni dalam pusingan akhir ‘Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) 2017’ di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan pada bulan Mei yang lalu, telah mengharungi cabaran di peringkat dunia yang berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos lalu.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur itu berkata, beliau sangat gembira dan bangga kerana menjadi peserta pertama mewakili Malaysia dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik peringkat dunia.

Beliau yang sangat meminati bidang neurosains menjadikan Brain Bee Challenge sebagai platform untuk mendalami bidang tersebut dan mencapai cita-cita menjadi pakar neuro pada masa hadapan.

‘Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada semua pihak dan saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, kawan-kawan serta koordinator yang telah banyak membantu dalam membuat persediaan menghadapi pertandingan ini,” katanya.

Elwin berkata, antara ahli akademik negara yang banyak memberi tunjuk kepadanya termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Madya Dr. Muzaimi Mustapha, Profesor Madya Dr. Hari Chandran  dari Universiti Malaya (UM) dan Dr. Hafizah Abdul Hamid dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

brain4

Seramai 25 orang peserta mewakili pelbagai negara termasuk Romania, Turki, Rusia Amerika Syarikat berentap dalam pertandingan yang memperlihatkan pengetahuan para peserta mengenai otak manusia diuji meliputi kebijaksanaan, emosi, ingatan, pendengaran serta kaitan penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, Skizofrenia dan penyelidikan mengenai otak.

Malaysian BrainBee Challenge (MBBC) adalah sebahagian daripada Projek ‘Brainbee@USM’ yang diketuai Muzaimi dengan sokongan Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat (BJIM).

 Program yang diperkenalkan pada tahun 2012 ini telah menarik minat beberapa universiti awam dan swasta lain untuk turut serta seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Taylor.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto:  Ihsan Profesor Madya Dr Muzaimi Mustapha

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 15 October 2017.