HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

LAPAN KERUSI DIPERTANDINGKAN BAGI PEMILIHAN MPP 2017/2018

USM, KUBANG KERIAN, 2 Oktober 2017 - Seramai 17 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang akademik 2017/2018 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM, Mirawaty Mat Ghani selepas sesi penamaan calon ditutup pada jam 12.00 tengahari.

Mirawaty berkata, kesemua calon hadir mendaftar di bangunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan sehingga jam 1 tengahari tadi tiada sebarang bantahan terhadap calon yang bertanding diterima.

"Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini dan terima kasih kepada pihak keselamatan kerana turut membantu dalam memastikan keadaan terkawal," katanya.

Tambah Mirawaty, lapan kerusi utama yang dipertandingkan adalah dua kerusi Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), dua kerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), satu kerusi Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), satu kerusi umum, satu kerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan satu kerusi USM KLE Belgaum India.

"Barisan kepimpinan MPP baharu diharap dapat meneruskan kecemerlangan legasi kepimpinan sebelum ini malah mampu memberi prestasi yang lebih baik lagi," ujarnya.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Abdul Aziz Latif

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 15 October 2017.