HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

SUBURKAN EMPATI MARTABATKAN KECEMERLANGAN UNIVERSITI

aba2af9b 8c4d 4b1a b923 b45ebc352103

USM KUBANG KERIAN, 19 Oktober 2017 – Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menganjurkan sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Kampus Kesihatan hari ini bertempat di Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA).

Mengambil ibrah daripada kejayaan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W, tema yang dipilih pada tahun ini ‘Suburkan Empati Martabatkan Kecemerlangan Universiti’ adalah sejajar dengan misi dan visi universiti agar nilai empati yang ada pada para sahabat dan umat islam yang berhijrah bersama baginda diterap dan diaplikasikan dalam pekerjaan seharian.
Timbalan Dekan Pelajar Dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek yang mewakili Pengarah Kampus berkata, budaya empati adalah aset penting dalam kecemerlangan sesebuah organisasi.
“Kepentingan empati dalam budaya kerja ialah apabila kita dapat memberi yang cemerlang, membudayakan ucapan salam dan senyuman, mesra dalam berkomunikasi, berinovasi, kreatif, cekap dalam melaksanakan kerja seharian serta menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja mahupun masyarakat.

e2e08808 0428 46aa a672 48302e7f2020

"Pekerja yang memiliki nilai empati mampu membayangkan dirinya berada di posisi orang lain atau pelanggan, mampu menyelami kehendak mereka lantas membuahkan perkhidmatan yang terbaik, meningkatkan pencapaian kerja serta kepuasan pelanggan di tahap yang tinggi malah ketika bekerja, ataupun dalam rantaian kehidupan kita, hendaklah kita sentiasa menghayati kehendak dan keperluan pelanggan sebagaimana kita mahu orang lain menjaga kehendak kita,’ ujar beliau.

d4d961a2 38fa 42db 9c09 eb9b2c0a7d20

Sempena tahun baru hijrah ini, beliau turut merayu kepada semua warga Kampus Kesihatan untuk bersama-sama merubah diri ke arah menjadi individu yang lebih baik, cemerlang duniawi dan ukhrawi, lebih berdisiplin, bekerjasama serta melibatkan diri dalam agenda universiti demi mencapai hasrat menjadikan USM sebagai universiti terulung.
Sambutan yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta termasuk pelajar sekolah berdekatan turut diserikan dengan deklamasi sajak serta ceramah Maal Hijrah oleh Penceramah Jemputan iaitu Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Pahang yang merupakan Juara Pencetus Ummah 2016, Ustaz Nor Hamizi atau lebih dikenali sebagai PU Mizi SMP. 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr Wan Nudri Wan Daud.

6291531c 517c 4d8d b204 7d8c01a77b62

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid Foto:  Mohd Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 22 November 2017.