HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

RAWAT SEGERA LUKA LECURAN

JERTIH, 2 NOVEMBER 2017 - Kita semua pasti mempunyai pengalaman terkena api atau percikan minyak panas ketika mengendalikan alatan berkaitan penggunaan api.

Kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila melecur, mereka akan menggunakan petua-petua tradisional untuk mengurangkan kesan lecur.

lecur1

Pegawai Perubatan Unit Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Seow Sul Na berkata, ramai orang pernah mengalami kebakaran peringkat pertama dan kedua yang kebiasaannya akibat kemalangan di dapur sama ada terkena percikan minyak, air panas atau terkena api.

Malangnya, beliau berkata, hanya sebilangan kecil membuat rawatan yang betul untuk merawat kulit melecur.

“Kebiasaannya, untuk mengubati bahagian melecur orang ramai menggunakan petua tradisional yang tidak berkesan seperti menyapu mentega, ubat gigi atau sos kacang soya, walaupun ramai mempercayai bahawa kaedah ini dapat membantu menyembuhkan luka dan melegakan kesakitan, tetapi bahan-bahan tersebut bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

lecur3

Menurut Seow Na, walaupun melecur merupakan perkara yang lumrah, ramai dalam kalangan kita masih tidak menyedari terdapat beberapa peringkat melecur yang berbeza.

“Sebagai contoh melecur peringkat pertama akan kelihatan seperti selaran matahari iaitu kulit akan menggelembung dan bertukar menjadi putih apabila ditekan.

“Melecur peringkat kedua pula lebih tebal dan menghasilkan lepuh pada kulit yang mana tempoh untuk sembuh adalah dua hingga tiga minggu, manakala melecur peringkat ketiga pula mengakibatkan kerosakan pada semua atau pelbagai lapisan kulit, meninggalkan kesan kulit lecur yang hangus dan peringkat ini adalah serius serta memerlukan bantuan daripada pakar perubatan," katanya.

Tambah Seow Na, bagi kes melecur, kulit akan segera melepuh dan jika tidak dirawat dengan sempurna akan meninggalkan kesan parut.

Seow Na turut menegaskan agar mereka yang terkena lecuran akibat daripada percikan api atau minyak panas, pencegahan awal meletakkan bahagian yang melecur dengan cara menyiram air bersih mampu mengurangkan kesakitan.

Beliau berkongsi informasi tersebut dengan pelajar Sekolah Menegah Pelagat Jertih sempena Hari Kesihatan Peringkat Sekolah. 

lecur2

Seow Na juga mengingatkan semua pelajar agar sentiasa berwaspada ketika mengendalikan alatan berkaitan api yang boleh menyebabkan kebakaran atau kecederaan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk boleh terjadi.

Teks/Foto : Abd Aziz Latif

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 22 November 2017.