HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

600 STAF JAYAKAN GOTONG ROYONG PERDANA HOSPITAL USM

gtg1

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2017 – “Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”, demikian peribahasa sesuai bagi menggambarkan perpaduan erat yang dipamerkan kira-kira 600 staf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program Gotong Royong Perdana hari ini.

gtg4

Pengarah Hospital USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, program yang disertai pelbagai lapisan staf itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ceria selain menjadi medan dalam memperkukuhkan lagi hubungan sesama staf.

“Gotong royong ini juga bertujuan menyedarkan warga staf bagi mengurangkan sifat suka membuang sampah dimerata-rata terutamanya botol minuman dan pembalut makanan. Dengan adanya program ini, kita berpeluang untuk bersedekah dan mendapat pahala yang cukup besar dengan hanya mengutip sampah disetiap laluan yang kita lalui.

gtg3

“Usaha sebegini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia banyak memberi kebaikan kepada semua. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf,” ujarnya.

Tambah Sukari, gotong-royong ini juga dapat menanamkan semangat toleransi dan pemuafakatan yang menjadi nilai kemanusiaan sejagat sekaligus melahirkan rasa cinta terhadap kebersihan dan nilai kerjasama berpasukan.

gtg6

Turut hadir menyertai program ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal, Dr Nik Min Ahmad, Timbalan Bendahari Kampus Kesihatan, Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria, Penyelaras Perkhidmatan Pergigian, Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Madya Dr Shaifulizan Ab Rahman dan Timbalan Pendaftar Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 22 November 2017.