HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM JAYAKAN KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG TAKANG

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 November 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi turun padang membantu masyarakat yang memerlukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 4) dengan menyertai program khidmat masyarakat.

drlong

Program yang dianjurkan oleh komuniti Kampung Takang sempena Majlis Penutup Projek Makmal Sosial, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini disertai oleh 20 orang kakitangan Hospital USM terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan beberapa staf sokongan lain.

USM menawarkan pemeriksaan kesihatan asas di samping memberikan pendedahan mengenai jenis-jenis penyakit serta kesannya kepada kehidupan seharian. Inisiatif ini dilakukan bertujuan untuk membantu penduduk kampung dalam memudahkan mereka membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi menyaring tahap kesihatan mereka sebelum dirujuk ke hospital yang berhampiran.

drlong2

Seorang penduduk kampung yang ditemui,  Zanariah Yazid, 50, melahirkan rasa syukur dengan penganjuran program itu kerana ia dapat membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

“Terima kasih kepada pihak Hospital USM kerana sudi datang ke kampung kami dalam usaha memberikan rawatan percuma di samping membantu penduduk kampung khususnya warga emas mengetahui tahap kesihatan masing-masing untuk mengambil pencegahan awal sebelum terlambat,” ujarnya.

Teks / Foto: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.