HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KERANA MINAT NURAFIQAH TEKAD SERTAI WUSHU

USM KUBANG KERIAN, 25 November 2017 - Wushu merupakan seni mempertahankan diri bangsa cina yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Latihan wushu merangkumi pengadunan keharmonian jasad, minda dan semangat di samping membentuk tubuh badan yang sihat.

Wushu menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin melalui pelaksanaan teknik seni mempertahankan diri. Bertitik tolak daripada situlah Nurafiqah Hamzah, 23, pelajar tahun akhir Program Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Universiti Sains Malaysia (USM) tekad menyertai Kelab Wushu biarpun rata-rata ahli kelab tersebut adalah pelajar berbangsa cina.

WUSHU3

"Saya mula melibatkan diri dalam sukan ini semasa berada di tahun dua pengajian dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan serta tidak dipinggirkan walaupun saya orang melayu.

"Sejak kecil saya suka menonton cerita kungfu dan daripada situlah saya memupuk minat walaupun pada mulanya segan untuk sertai kelab wushu memandangkan semuanya ahlinya berbangsa tionghua tetapi dengan bantuan seorang rakan, saya berjaya sertai kelab tersebut sehingga hari ini, saya berada di sini untuk menyertai Kejohanan Wushu Antara Universiti," tambah beliau. 

Gadis kecil molek berasal dari Sarawak ini merupakan peserta Melayu tunggal yang akan bertanding dalam tiga kategori iaitu 'Traditional Fist, Traditional Long Weapon dan Traditional Short Weapon'.

Beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi mana-mana kategori kerana ini merupakan penyertaan kali pertama dan sebagai satu pendedahan serta pengalaman untuk lebih maju dalam sukan wushu.

Teks & Foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.