HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM BEKERJA

USM KUBANG KERIAN, 3 Disember 2017 – “Hayati serta amalkan ajaran dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian samada di rumah, di pejabat, khususnya dalam melaksanakan tugas seharian di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM),” kata Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H, Peringkat Kampus Kesihatan USM, di Auditorium Pentadbiran Hospital USM yang dihadiri kira-kira 200 orang kakitangan dan pelajar USM.

3 maulidur 1439

Katanya lagi, sambutan yang dilakukan setiap tahun tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak muhasabah diri untuk melakukan perubahan positif dengan meningkatkan penghayatan ajaran dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

"Semakin bertambah usia seseorang, semakin bertambah elok akhlak dan adabnya dan jika dilihat dalam konteks pekerjaan, sepatutnya semakin lama kita bekerja, semakin meningkat kompetensi kerjaya kita.

2 maulidur 1439

"Bertepatan dengan tema sambutan kali ini iaitu keindahan akhlak Rasulullah SAW, semua staf diseru mencontohi akhlak baginda untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan semasa bekerja," ujarnya.

Sukari berkata, jadikan amalan seperti memberi salam, senyum, menghormati orang tua semasa berinteraksi dengan pesakit dan waris supaya mereka akan rasa dihargai dan ini turut menyumbang ke arah pengurangan aduan yang bukan hanya berkaitan dengan profesionalisme tetapi berkaitan dengan akhlak dan adab kakitangan hospital.

"Ini juga merupakan peluang bagi kakitangan serta pelajar yang beragama Islam untuk menunjukkan akhlak dan adab yang baik terutama kepada mereka yang bukan Islam," jelasnya lagi.

Sambutan pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Penceramah Jemputan, Ustaz Che Amran Yusoff.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr Hj. Wan Nudri Wan Daud.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Abdul Aziz Latif

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.