PERUBATAN REHABILITASI STROK : DARI KATIL KE KOMUNITI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PERUBATAN REHABILITASI STROK : DARI KATIL KE KOMUNITI

KOTA BHARU, KELANTAN, 4 Januari 2018 - Penyakit angin ahmar atau strok merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan upaya di Malaysia. Perkembangan perubatan moden membolehkan pesakit yang terlantar di katil mampu direhabilitasi dan dibantu agar dapat kembali kepada komuniti serta terus menyumbang kepada masyarakat.

dr muhammad hafiz

Menurut Pakar Perubatan Pemulihan, Unit Perubatan Rehabilitasi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Hafiz Hanafi, perkhidmatan rehabilitasi Hospital USM terdiri dari pasukan pakar perubatan rehabilitasi, perkhidmatan fisio dan cara kerja, jurupulih percakapan, ahli nutrisi, jururawat  terlatih serta pegawai kebajikan.

"Kami saling bekerjasama bagi membantu pesakit strok agar dapat kembali memandu, bekerja dan belajar setelah mereka diserang penyakit angin ahmar.

"Rawatan utama yang diperlukan adalah dengan memberikan keyakinan kepada pesakit supaya mereka dapat menerima keadaan mereka dan dapat menjalani proses rehabilitasi dengan baik," ujarnya ketika menjadi tetamu rancangan Doktor Di Radio, hari ini.

Muhammad Hafiz berkata, rata-rata pesakit yang menghidap strok tidak dapat menerima hakikat keadaan fizikal mereka pada masa itu sehingga ada yang marah serta menganggap ia adalah balasan perbuatan lampau mereka selain gejala kemurungan yang kerap berlaku dalam masyarakat terutama di Kelantan.

"Bagi mengatasi kemurungan ini, kami berikan galakan dan sokongan dengan menjadikan pesakit yang telah sembuh sebagai contoh serta model kesembuhan kepada mereka.

"Matlamat rawatan perubatan rehabilitasi ialah pesakit cepat sembuh, memberikan pengetahuan yang jelas tentang status penyakit yang dialami, menggunakan alatan, ubatan dan kaedah rawatan terkini selain membantu pesakit  untuk kembali melaksanakan aktiviti seharian seperti biasa," jelasnya lagi.

Tambah Muhammad Hafiz, jika dahulu pesakit strok dibiarkan terlantar,  namun kini sudah ada perkembangan baru seperti robotik, stimulasi otak, rawatan dalam air serta rawatan menaiki kuda yang dapat membantu pesakit kembali pulih.

"Selain itu, Hospital USM juga menyediakan Klinik SMART  'Sound, Movement, Art, Rehabilitation Therapy' iaitu gabungan elemen muzik, gerakan, melukis khas untuk pesakit strok dan pesakit celebral palsy.

"Apabila adanya elemen muzik yang disukai oleh pesakit, tangan pesakit akan bergerak sendiri mengikut rentak muzik tersebut dan pihak kami akan merakam aksi itu tanpa disedari serta menunjukkan bukti kepada pesakit bahawa tangannya mampu bergerak tanpa mereka sedar hal tersebut.

 Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 12 July 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown