KERUSI PERGIGIAN  BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KERUSI PERGIGIAN  BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

kerusi

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Januari 2018 - Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma dan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang mula beroperasi pada awal tahun ini menjadi tumpuan bagi perawatan pergigian mesra kanak-kanak kerana mempunyai kerusi pergigian unik berimejkan watak animasi yang boleh mengurangkan ketakutan pada kanak-kanak ketika melakukan rawatan gigi.

Hasil daripada kerjasama pintar bersama rakan strategik, Meichen Stomatological Hospital, China, membolehkan Hospital USM menerima dua kerusi pergigian khas yang dihasilkan khusus untuk keperluan rawatan kanak-kanak dan golongan kelainan upaya (OKU).

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Adam Husein, selain menerima dua buah kerusi pergigian kanak-kanak ini, Klinik Pakar Pergigian Hospital USM juga menyediakan 29 kerusi pergigian untuk pengajaran dan pembelajaran serta 12 kerusi pergigian untuk rawatan pakar-pakar pergigian meliputi pelbagai bidang kepakaran.

kerusi gg

"Antara khidmat yang ditawarkan ialah pembedahan Oral Maksilofasial, pergigian kanak-kanak dan keperluan khas, Prostodontik, Periodontik, Konservatif dan Endodontik, Ortodontik, perubatan Oral dan Patologi Oral, kesihatan awam pergigian serta rawatan pergigian umum. 

"Perkhidmatan Pergigian Hospital USM juga berhasrat untuk menjadi pusat rujukan terkemuka di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa dengan menawarkan rawatan-rawatan khas seperti Pembedahan Ortognatik, Maksilofasial Prostodontik dan lain-lain di samping rawatan-rawatan kepakaran umum", jelasnya.

Majlis Perasmian Klinik Pakar Pergigian ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail dan disaksikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim.

Teks : Mohamad Iqmal MathlanFoto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 16 October 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown