KPTN ZON KELANTAN CIPTA SEJARAH TERSENDIRI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KPTN ZON KELANTAN CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

3b2582b6 305f 469b 8454 193137e8bf79

USM KUBANG KERIAN, 10 MAC 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah tersendiri apabila menerima lebih 29000 pengunjung pada hari pertama Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) yang dilangsungkan di Mini Stadium, Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan. 

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail berkata, beliau sangat teruja melihat pengunjung bukan sahaja memenuhi khemah pameran utama malah turut mengunjungi khemah-khemah pameran pendidikan kesihatan serta gerai-gerai jualan dan keusahawanan pelajar. 

3d69943f 33d0 4bac a1da 273203588c0e

"Saya amat berbesar hati apabila sekali lagi USM diberi kepercayaan sebagai tuan rumah KPTN dan pada pagi ini sahaja selepas satu jam dibuka lebih 4000 pengunjung telah hadir.

"Saya sangat bangga dengan komitmen dan kesungguhan jawatankuasa dalam menjayakan karnival ini melalui pelbagai cara mempromosikan KPTN sehingga  mengadakan program 'Kayuhan Promosi' dengan kerjasama Persatuan Basikal Lasak Kampus Kesihatan", ujarnya.

 

KPTN memberi peluang USM membuka pintu kepada masyarakat untuk merasai suasana kampus dan apa yang lebih penting, mereka boleh mendapatkan maklumat berkaitan peluang-peluang pengajian dan pembiayaan daripada pelbagai institusi pengajian serta organisasi berkaitan yang turut serta di dalam karnival tersebut.

Dengan tagline 'Maghi Blako Masuk IPT', KPTN Zon Kelantan kali ini melibatkan 100 buah booth pameran pendidikan terdiri daripada Universiti Awam (UA) sebanyak 19 booth, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 37 booth serta agensi-agensi awam yang lain seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penyertaan menyeluruh dari ketiga-tiga kampus USM iaitu Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan. 

KPTN yang berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Mac 2018 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka IR. Dr Siti Hamisah Tapsir dan turut dihadiri oleh wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi serta jabatan-jabatan berkaitan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 24 September 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown