USM LEPASI SASARAN PENGUNJUNG KPTN 2018 ZON KELANTAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM LEPASI SASARAN PENGUNJUNG KPTN 2018 ZON KELANTAN

sasaran1

USM KUBANG KERIAN, 11 Mac 2018 - 47,104 orang merupakan satu jumlah yang jauh meninggalkan sasaran yang ditetapkan. Namun itulah hakikat sebenar jumlah pengunjung yang datang ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Kelantan yang menutup tirai pada petang tadi. 


Karnival dua hari yang berlangsung di Stadium Mini, Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu mula dikunjungi seawal jam 9 pagi pada hari pertama ia dirasmikan. 

sasaran2


Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim yang ditemui semasa karnival tersebut berkata, beliau sangat teruja dengan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai ke karnival ini.


"Kami mengadakan karnival ini di dalam kampus untuk mendekatkan masyarakat terutamanya pelajar yang berkeinginan menyambung pelajaran di USM, dapat merasai suasana kampus secara lebih dekat di samping mendapatkan informasi pendidikan serta melihat pameran pendidikan kesihatan yang turut diadakan.


"Kejayaan sebesar ini tidak mampu diraih tanpa kerjasama ahli jawatankuasa kerja yang komited melunaskan tanggungjawab sejak beberapa bulan yang lalu," tambah beliau.

sasaran3


Sukari juga menjelaskan jumlah pengunjung yang ramai tidak dapat dicapai tanpa promosi menyeluruh dengan kerjasama Kelantan FM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan pelbagai jabatan serta organisasi termasuklah Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang menyediakan perkhidmatan bas percuma dari stesen bas Kota Bharu ke Kampus Kesihatan USM. 


KPTN 2018 Zon Kelantan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Negara, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.


Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown