MISI ABORIGINAL OUTREACH DEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

MISI ABORIGINAL OUTREACH DEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI

POS BELATIN 1

POS BELATIN, GUA MUSANG, 1 April 2018 - Seramai 32 orang warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) turun padang bagi mendekati masyarakat orang asli Kampung Chacoh, di sini, di bawah program "Aboriginal Outreach" selama tiga hari bermula 30 Mac lalu.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Nabil Rifhan Mohd Zaidi, misi yang membawa mesej kebersamaan warga USM dan komuniti ini merupakan penganjuran bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi memastikan kelancarannya.

POS BELATIN3

”Misi ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dan sifat kesukarelawan dalam diri pelajar perubatan bagi memberikan khidmat sosial, motivasi dan juga kesedaran sebagai satu langkah ke arah memupuk semangat cintakan ilmu serta kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa.

”Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan mengaplikasikan kemahiran berkomuniti dalam situasi sebenar di samping dapat membina profil penduduk serta mengadakan kelas-kelas tambahan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi pembelajaran  masyarakat orang asli," katanya.

POS BELATIN4

Muhammad Nabil berkata, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan, sukan rakyat, Latihan dalam Kumpulan (LDK) bertajuk ‘ Learning is Fun’, sesi bual bicara tentang pentingnya pelajaran dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan serta mengajar anak-anak orang asli tentang peta minda bagi memudahkan mereka mengingati sesuatu perkara yang dipelajari.

"Program ini cukup berpotensi untuk menjayakan hasrat universiti ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bersaing memburu kecemerlangan akademik, bahkan mampu untuk melahirkan graduan yang berdisiplin dan berkepimpinan," ujarnya lagi.

POS BELATIN5

Sementara itu, Ketua Ekspedisi yang juga Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Dr Shaik Farid Abdull Wahab berkata, program pada kali ini menerapkan elemen keperluan pendidikan bagi masyarakat orang asli dan membawa mereka kepada satu perubahan.

POS BELATIN2

"Kita bukan hanya ingin membuka minda mereka tetapi mengubah cara hidup agar kehidupan masa hadapan menjadi lebih baik.

''Kita melaksanakan aktiviti akademik bersama anak-anak orang asli supaya ia dapat menyuntik semangat mereka untuk belajar dengan lebih gigih sehingga masuk ke institusi pengajian tinggi," ujarnya.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Nurfashehah Wan Abd Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown