PADU BUKA GELANGGANG RESTU JULANG KEMENANGAN - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PADU BUKA GELANGGANG RESTU JULANG KEMENANGAN

pantun2018

USM KUBANG KERIAN, 1 April 2018 – Pesta pantun antara desasiswa (PADU) Universiti Sains Malaysia (USM), yang berlangsung sejak 30 Mac lalu melabuhkan tirainya dengan kemenangan diraih oleh pasukan Desasiswa Restu dari Kampus Induk apabila diumumkan sebagai Johan pertandingan dan diikuti oleh Desasiswa Murni Nurani di tempat kedua dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Nurani hari ini.

Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan, Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek berucap semasa majlis penutup berkata,  pantun merupakan salah satu media perantaraan antara sesama mahasiswa.

“Pantun mampu merentasi budaya negara kerana pada hari ini dapat dilihat pertandingan yang dianjurkan ini melibatkan mahasiswa pelbagai kaum dan ini menunjukkan bahawa pantun dapat melahirkan kesefahaman antara kaum justeru ianya wajar dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang", katanya.

Sembilan pasukan desasiswa daripada ketiga-tiga kampus telah mengambil bahagian iaitu desasiswa Murni Nurani, desasiswa Restu, desasiswa Tekun, desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang, desasiswa Saujana, desasiswa Lembaran, desasiswa Jaya Utama dan desasiswa Indah Kembara.

Pada pusingan akhir, peserta dikehendaki menjual dan menjawab pantun dalam tiga pusingan dengan tema yang berbeza iaitu seniman agung, hal ehwal semasa dan jenaka.

Sementara itu, pasukan desasiswa Tekun yang mendapat tempat ketiga turut dipilih sebagai Pasukan Terbaik selain daripada pemantun mereka, Nur Shamsinar Mohd Salleh menerima anugerah pemantun terbaik liga.

Di samping piala johan berpasukan, pemantun dari desasiswa Restu,  Mohd Aiman Abd. Hamid  dinobatkan sebagai pemantun terbaik pusingan akhir pada pesta pantun kali ini. Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala iringan serta sijil penyertaan.

Pesta pantun pada kali ini diadili oleh juri jemputan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota, Zaleha Mohd Noor, Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buluh, Hafizi Che Mat, Guru Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Rosuzilawati Che Rasdi dan seorang pesara IPG, Maznah Musa yang bertanggungjawab sebagai ketua juri pertandingan akhir.

PADU 2018 dengan tagline “Biar Santun Mengulit Madah, Sepanjang Zaman Tradisi Dijulang” turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti, Hafiz Assad Zakaria, Penggawa Desasiswa Murni Nurani merangkap Pengerusi Jawatankuasa PADU, Profesor Madya Dr Raja Azman Raja Awang dan Penolong Pendaftar Kanan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Mirawaty Mat Ghani.

Teks: Nur Syazwani Darzi (Pelajar Praktikal UIAM) / Suntingan: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Jawatankuasa Pengelola

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 24 September 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown