KELUARGA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KELUARGA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

KOTA BHARU, KELANTAN, 2 April 2018 – Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran atau pembelajaran.

Siti Norhayati1

Menurut Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Norhayati Mohd Noor, tingkah laku positif ialah seperti sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas manakala tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

"Faktor berlakunya tingkah laku negatif ini juga biasanya disebabkan persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat, berfokus pada peperiksaan sehingga murid rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian serta tidak mempunyai objektif yang jelas.

"Terdapat dua pendekatan dalam mengatasi tingkah laku kanak-kanak iaitu dengan memberi pengalaman dan menggunakan bahasa yang sesuai semasa memberikan arahan kapada kanak-kanak," katanya ketika ditemubual baru-baru ini.

Siti Norhayati2

Siti Norhayati berkata, suasana di rumah yang mesra dan harmoni juga boleh menggalakkan ketenteraman tingkah laku yang terkawal, perhubungan ibubapa yang baik, kasih sayang, layanan, asuhan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa secara tidak langsung akan membantu perkembangan emosi kanak-kanak.

"Sementara itu, sikap pendiam seorang kanak-kanak pula biasanya disebabkan oleh faktor genetik, pendedahan ibubapa kepada ilmu bersosial, persekitaran, gaya hidup dan asuhan penjaga atau pengasuh.

"Faktor genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak kerana sikap kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, enggan bergaul dan mempunyai tingkah laku seolah-olah tidak suka bersosial kebiasaannya disebabkan oleh faktor genetik yang diperolehi daripada keturunannya," ujarnya lagi.

Tambah Siti Norhayati, pengaruh gajet atau telefon bimbit juga semakin membimbangkan kerana kajian mendapati kanak-kanak akan cenderung untuk mendiamkan diri dan menyendiri sekiranya terlalu terdedah dengan alat teknologi itu.

"Jangan biarkan anak-anak terlalu taksub dengan gajet dan ibubapa perlu mengawal gerak-geri mereka supaya perkara negatif tidak mempengaruhi pemikiran mereka yang akhirnya merosakkan keperibadian kanak-kanak itu sendiri," jelasnya.

Teks: Anawiah Abdul Aziz / Foto: Nur Syazwani Darzi

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown