USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT

BESUT, TERENGGANU, 21 April 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan projek Transformasi Penternakan Lebah Kelulut yang sebelum ini dijalankan di Kedah dan Perak ke daerah ini bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail, istimewanya projek Kelulut@Besut ini adalah buat pertama kalinya selain dari ladang berkelompok, ia juga dilengkapi dengan makmal pemprosesan dan juga galeria.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT4

“Kelainan ini akan memposisikan Besut sebagai pengeluar madu kelulut premium yang bernilai tinggi bukan sahaja dalam kalangan pelawat tempatan tetapi juga pelancong asing.

“Buat permulaan seramai 75 orang peserta perintis di bawah E-kasih dan keluarga kumpulan B40 di daerah ini terpilih untuk melaksanakan projek penternakan kelulut menggunakan inovasi Mustafa-Hive dan Sistem Hilda kelolaan penyelidik USM, Dr. Mohd. Zulkifli Mustafa,” katanya.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT7

Tambah Asma, ‘Translational Research’ ialah penyelidikan yang terhasil dari penyelidikan di universiti dan menghasilkan ‘outcome’ berimpak kepada kerajaan, komuniti, dan akademia serta diterjemahkan kepada komuniti dalam usaha mentransformasi komuniti selaras dengan hasrat kerajaan dalam mensejahterakan masyarakat yang terkandung dalam Blueprint Pendidikan Tinggi Negara dan Strategi Lautan Biru.

“Tahniah kepada Dr. Mohd Zulkifli dan pasukannya yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab memperkasakan komuniti dalam usaha memartabatkan produk hiliran madu kelulut dari Kawasan Besut, Terengganu.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT2

“Usaha sebegini melambangkan universiti bukan sekadar pusat pengajian tinggi atau menara gading, tetapi adalah institusi penyebaran ilmu, tempat di mana pengetahuan dikumpul dan penemuan baharu diterokai, disampaikan kepada pelajar, dan disalurkan kepada komuniti demi memenuhi sebuah harapan yang menggunung,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ladang kelulut selepas Majlis Perasmian Projek Penyelidikan Strategik Bagi Transformasi Penternakan Lebah Kelulut Untuk Penghasilan Madu Premium Berasaskan Inovasi Mustafa- Hive dan Hilda System yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Kampung Bukit Kenak, Jertih.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT5

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Sementara itu, Ketua Projek yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Dr Mohd Zulkifli Mustafa berkata, projek ini bukan sahaja memberi ilmu untuk menternak kelulut, malah hasil inovasi yang dilaksanakan juga dapat menjamin kelestarian alam kerana inovasi Mustafa-Hive tidak memerlukan batang pokok untuk  membina rumah lebah.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT1

"Sistem dehidrasi madu atau lebih dikenali Sistem Hilda juga dapat menjamin kualiti madu yang dihasilkan kerana melalui sistem ini air yang terdapat dalam madu dapat dinyahkan bagi menghilangkan buih dan mengurangkan rasa masam.

“Madu kelulut yang dihasilkan berkualiti premium untuk pasaran antarabangsa dan nilai jualannya meningkat dari RM150 sekilogram (kg) kepada RM700 sekilogram," katanya.

USM PERKENAL PROJEK TRANSFORMASI TERNAK LEBAH KELULUT UNTUK BANTU TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK BESUT6

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 14 August 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown