USM PERKASAKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI #USMFIT - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM PERKASAKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI #USMFIT

IMG 20180426 WA0057

USM, KUBANG KERIAN, 22 April 2018 – “Program USMFIT yang digerakkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjadi gelombang kecergasan dalam usaha mewujudkan warga kampus yang  membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengawal kadar obesiti dalam kalangan masyarakat," demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail.

Bagi merancakkan gelombang amalan gaya hidup sihat ini, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM Dr Norehan Mokhtar memgetuai pasukannya mencipta satu aplikasi yang dinamakan #USM FIT.

“Aplikasi tersebut bakal memberi memberi manfaat kepada 41,000 warga USM, termasuk pelajar di semua kampus yang mana aplikasi ini merangkumi Weight Challenge, Trail, Nutritional Tips dan Active Campus.

IMG 20180426 WA0059

“Modul yang diterapkan dalam aplikasi tersebut adalah untuk mengurangkan bekerja secara duduk, memperbanyakkan penggunaan tangga dan berjalan serta  paling utama adalah “Weight Challenge”, iaitu cabaran untuk staf memastikan mereka mencapai dan mengekalkan berat badan unggul mengikut Body Mass Index (BMI),” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran USMFIT Peringkat Kampus Kesihatan di Mini Stadium, Kompleks Sukan 2 di sini.

Menurut Asma, seluruh warga kampus USM perlu mengukur berat badan bermula dua minggu sebelum berpuasa dan menjalani modul-modul yang akan dikendalikan di zon masing-masing bagi mengurangkan berat badan kemudian hasil keputusan akan diambil dua minggu selepas hari raya nanti.

IMG 20180426 WA0056

“USM juga akan meneruskan pengukuran BMI ini secara berkala bagi memastikan semua warga kampus dapat menjaga berat badan yang ideal bagi mewujudkan warga yang sihat dan ceria.

“Saya mengalu-alukan seluruh warga USM untuk mengisi maklumat berkaitan berat badan dan tinggi masing-masing ke ke dalam aplikasi #USMFIT sebagai tanda sokongan terhadap program ini,” jelasnya lagi.

Hampir 1500 warga kampus kesihatan hadir menjayakan pelancaran program USMFIT ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti berbasikal, senamrobik, ‘Plogging’ iaitu mengutip sampah sambil berjongging dan banyak lagi.

Turut hadir dalam program tersebut, Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr Adam Husein, Pengarah Nexus Medical and Health Sciences, Profesor Dr Nik Soriani Yaacob, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan, Dr Saidi Jaafar dan pegawai-pegawai kanan USM Kampus Kesihatan.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 14 August 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown