PROFESOR DR NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018 - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROFESOR DR NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

USM KUBANG KERIAN , 30 April 2018 – Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UKPW),Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain terus mengharumkan nama USM apabila dinobatkan sebagai pemenang Buku Perubatan Terbaik bagi Kategori Pengajian Tinggi oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) .

Buku yang bertajuk: 'Ginekologi: Ilmu Kesihatan Wanita' ini menghuraikan satu persatu dengan mendalam tentang anatomi, perubahan fisiologi, endokrinologi dan patologi.

Drnikhazlina

Selain itu, buku ini juga menghuraikan masalah yang dialami wanita bermula dari peringkat reproduksi sehinggalah ke peringkat pascareproduksi. Perubahan kitaran haid, peringkat awal kehamilan,masalah infertiliti, endometriosis dan fibroid serta penyakit kanser yang menyerang wanita turut dibincangkan.

Berkongsi pengalaman, tentang penulisan buku, artikel dan jurnal dalam bahasa Melayu, Profesor Dr. Nik Hazlina memberitahu, pencetus inspirasinya ialah pesakit-pesakitnya.

Drnikhazlina2

“Merekalah yang menguja dan meningkatkan kesungguhan saya bagi menulis buku sains perubatan untuk bacaan umum dalam bahasa Melayu serta saya bermula dengan menulis catatan ringkas pada kertas tentang masalah dan rawatan pesakit setiap kali saya berjumpa dengan mereka di hospital.

"Saya akan membawa kertas catatan itu setiap kali ada sesi perjumpaan dengan pesakit sehinggakan kertas itu hampir lunyai," ujarnya.

Drnikhazlina3

Menurut Nik Hazlina, ketika itu tiada buku yang boleh dibaca oleh masyarakat umum, khususnya pesakit beliau untuk membantu mereka memahami masalah atau penyakit yang dihidapi.

"Harapan saya ialah dengan memperoleh pengiktirafan sebegini mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan akademik yang lain untuk menerbitkan buku ilmiahberdasarkan kepakaran masing-masing.

Drnikhazlina4

"Semoga buku yang diterbitkan ini boleh membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat terutamanya golongan terkebawah dalam memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam aliran maklumat kesihatan," jelasnya lagi.

Anugerah Buku Negara yang diperkenalkan oleh YPBN bermula pada tahun 2005 ini diberikan kepada warga pengerak industri perbukuan negara. YPBN juga berperanan memajukan industri buku dan membina masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book).

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 17 May 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown