PERNAFASAN BERBUNYI DALAM KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK USAH DIPANDANG REMEH - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PERNAFASAN BERBUNYI DALAM KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK USAH DIPANDANG REMEH

USM KUBANG KERIAN, 16 Mei 2018 -  Kesempitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak boleh menjadi serius kerana secara amnya saluran pernafasan kanak-kanak adalah lebih kecil daripada orang dewasa. Penyempitan tersebut boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius.

Pensyarah Universiti daripada Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-HNS), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Suzina Sheikh Ab. Hamid berkongsi tentang topik tersebut di dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang diadakan di Dewan Utama Kampus Kesihatan hari ini.

dr suzina

Menurut beliau, pernafasan berbunyi akibat aliran udara yang bergelora tidak sekata dan ianya boleh berlaku di dalam hidung, mulut, tekak, larink, trakea, bronkus atau paru-paru.

"Merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah pernafasan berbunyi adalah mencabar kerana mereka terutamanya bayi hanya akan menangis apabila sukar bernafas tambahan pula anak kecil menunjukkan gejala yang tidak khusus seperti batuk, demam dan tidak dapat menghuraikan apa yang sedang mereka hadapi sebenarnya.

"Pernafasan berbunyi boleh terjadi secara akut iaitu tiba-tiba atau kronik yakni secara beransur-ansur dan ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja mengesan bunyi ketika anak bernafas", ujarnya.

dr suzina4

Tambah Suzina lagi, struktur tisu yang lembut pada saluran pernafasan menyebabkan saluran tersumbat separa dan menghasilkan bunyi seperti dalam masalah faringomalasia, laringomalasia, trakeomalasia dan bronkomalasia. Walaupun keadaan tersebut boleh sembuh akan tetapi ada juga kes yang teruk dan membawa maut.

"Ibu bapa perlu peka dengan pernafasan anak-anak kerana pernafasan berbunyi yang teruk akan menyebabkan anak-anak mendapat jangkitan paru-paru yang kerap, tumbesaran terganggu, kesukaran pernafasan, kekurangan oksigen dan gangguan untuk menelan.

"Suka saya mengingatkan kepada ibu bapa, sekiranya anak-anak mengalami gejala berkenaan, jangan takut untuk mendapatkan rawatan kerana bukan semua penyakit perlu dirawat dengan cara pembedahan", ujar beliau mengakiri syarahan yang disampaikan.

Majlis syarahan umum kali ini turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr Adam Husein, Pengarah Nexus Perubatan dan Sains Kesihatan, Profesor Dr Nik Soriani Yaacob serta Ketua Kluster Sains Kesihatan dan Perubatan, Majlis Profesor Negara Chapter USM, Profesor Dr Nik Hishamuddin Nik Ab. Rahman.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown