SEDARI KEPENTINGAN PENCEGAHAN DAN PENGESAHAN AWAL DALAM EPIDEMIOLOGI KANSER PAYUDARA - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

SEDARI KEPENTINGAN PENCEGAHAN DAN PENGESAHAN AWAL DALAM EPIDEMIOLOGI KANSER PAYUDARA

USM KUBANG KERIAN, 16 Mei 2018 –Kanser payudara merupakan satu isu hangat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.

Menurut Pensyarah Unit Biostatistik dan Metodologi Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Norsa’adah Bachok, kanser payudara merupakan satu penyakit semula jadi yang panjang dan berkembang dengan masa.

“Kadar kanser payudara di Malaysia semakin meningkat kerana peningkatan jangka hayat penduduk, perubahan besar gaya hidup masyarakat seperti  pengambilan makanan yang mengandungi lemak haiwan dan pengurangan pengambilan sayur-sayuran, faktor risiko pembiakan seperti tidak berkahwin, tidak mempunyai anak, lewat melahirkan anak dan kurang menyusukan anak dengan susu ibu.

“Faktor risiko ini dapat dicegah melalui tingkah laku dan perubahan persekitaran serta pengetahuan mengenai faktor-faktor penyakit adalah penting kerana pencegahan dan penyaringan peringkat awal boleh dilakukan dengan mengamalkan tingkah laku sihat seperti pemakanan yang seimbang dan senaman yang kerap”, jelasnya semasa menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang berlangsung di Dewan Utama, hari ini.

dr saadah

Norsa’adah berkata, program saringan bertujuan mengesan penyakit pada peringkat awal sebaiknya sebelum gejala penyakit bermula membolehkan rawatan berkesan dilakukan dan kaedah saringan yang disyorkan ialah pemeriksaan sendiri payudara (PSP), pemeriksaan klinikal payudara serta mammogram.

“Saya mengambil peluang ini bagi menjelaskan mitos yang menjadi kepercayaan masyarakat antaranya ialah kanser mudah terjadi apabila seseorang individu itu kerap menyentuh payudara, individu yang memakai coli berwayar dan sesiapa yang mendapatkan diagnosis kanser payudara akan meninggal dunia lebih awal.

dr saadah2

“Pengetahuan tentang kanser payudara perlu ditingkatkan dengan memberikan pendidikan kesihatan bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia dan pendidikan ini boleh dilakukan melalui media serta program-program mengenai kepentingan perundingan dan diagnosis awal serta kebaikan apabila mendapat rawatan awal”, ujarnya lagi.

Norsa’adah turut menegaskan bahawa sikap malu, tunggu dan berserah pada takdir dalam kalangan masyarakat Malaysia hendaklah dihapuskan kerana ia mendatangkan keburukan kepada  khususnya pesakit itu sendiri.

Teks: Nur Syazwani Darzi (Pelajar praktikal UIAM) / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 14 August 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown