KEMERIAHAN SYAWAL DIRAI BERSAMA WARGA KAMPUS - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KEMERIAHAN SYAWAL DIRAI BERSAMA WARGA KAMPUS

aidilfitri082

USM KAMPUS KESIHATAN, 1 Julai 2018 - Biarpun 17 hari Syawal berlalu, namun Aidilfitri terus dirai oleh seluruh warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Utama hari ini.

Majlis tersebut bertambah meriah dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail yang menzahirkan penghargaan beliau kepada seluruh warga kampus yang bersama-sama mengembleng tenaga menzahirkan sambutan semeriah ini.

aidilfitri081

"Menganjurkan majlis sebesar ini bukanlah mudah, sebaliknya memerlukan semangat kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

"Saya terharu kerana warga USM mengetengahkan konsep yang berlainan untuk sambutan hari raya di kampus masing-masing dan Kampus Kesihatan sentiasa menjanjikan sesuatu yang mengejutkan", katanya semasa berucap di majlis berkenaan.

aidilfitri083

Asma turut mengingatkan semua warga staf agar tidak melupakan hasrat universiti dalam melahirkan warga kerja yang sihat dan produktif.

"Program #USMFIT masih berjalan dan 'wheight challenge' akan menilai semula berat badan setiap staf, oleh yang demikian saya berharap semua staf dapat mengawal pemakanan sepanjang Syawal ini memandangkan banyak majlis-majlis rumah terbuka diadakan", ujarnya lagi.

aidil08

Majlis hari raya yang saban tahun disambut mendapat kerjasama daripada semua pusat tanggungjawab yang menyediakan pelbagai hidangan di samping hiasan gerai-gerai yang menarik dengan menampilkan pelbagai gaya kreatif.

Pertandingan gerai tercantik bertemakan hari raya turut diadakan dan dimenangi oleh Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi (PPKT), diikuti oleh Hospital USM di tempat kedua dan Jabatan Pendaftar di tempat ketiga.

Yang turut hadir dimajlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan isteri Profesor Dr Azlina Harun @ Kamaruddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Hjh. Selasawati Hj. Ghazali, Ketua-ketua Jabatan dan tetamu-tetamu jemputan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown