KOLABORASI USM - UKM HASILKAN MODUL SISTEM GABUNGAN KES KESIHATAN PERGIGIAN PERTAMA DI DUNIA - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KOLABORASI USM - UKM HASILKAN MODUL SISTEM GABUNGAN KES KESIHATAN PERGIGIAN PERTAMA DI DUNIA

CHERAS, KUALA LUMPUR, 5 Julai 2018 - Seiring dengan usaha untuk menggalakkan kerjasama antara penyelidik-penyelidik dari pelbagai institusi tempatan, penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan penyelidik daripada Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) telah mengorak langkah untuk menggabungkan kepakaran masing masing dalam melaksanakan satu projek penyelidikan berimpak tinggi bagi memantapkan perkhidmatan untuk penjagaan kesihatan pergigian yang dikenali sebagai Sistem Gabungan Kes Kesihatan Pergigian (Oral Health Casemix System).

KOLABORASI USM UKM 5

Menurut Ketua Projek, Dr. Roseminah Mohamad, konsep sistem ini adalah untuk memudahkan proses pendiagnosan pesakit yang umum mengetahui ianya kompleks dengan menggabungkan pesakit-pesakit tersebut kepada satu kategori diagnosis yang sama serta secara klinikal, penggunaan sumber yang sama dalam rawatan yang diberikan. 

"Pembangunan sistem ini mengambil masa selama lima tahun telah menyaksikan penggunaan data pesakit-pesakit pergigian daripada Hospital USM dan HCTM di analisis melalui penggunaan perisian sistem casemix MY-DRG®-OH.

"Setiap pesakit pergigian akan dikategorikan secara ekslusif untuk setiap episod rawatan yang diberikan dan melalui pengelompokkan ini, tarif rawatan pergigian untuk setiap pesakit di Hospital USM dan HCTM dapat ditentukan dengan mudah", jelasnya.

KOLABORASI USM UKM 3

Roseminah berkata, hanya Hospital USM dan HCTM yang melaksanakan penggunaan sistem gabungan kes ini dan yang pertama di dunia melibatkan perawatan dalam bidang pergigian.

"Sistem Gabungan Kes Kesihatan Pergigian ini dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh orang awam dalam mendapatkan rawatan kesihatan pergigian yang lebih baik tetapi juga mampu menjadi tanda aras kualiti dan kuantiti pengunaan sumber dan kos dalam rawatan tersebut kepada pihak pengurusan", ujarnya lagi.

Majlis Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM Profesor Dato' Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa, Presiden Malaysian Health Economic Association, Profesor Dato' Dr. Syed Mohd Al-Junid, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Kampus Kesihatan mewakili Naib Canselor USM,  Profesor Dr. Adam Hussein serta pegawai-pegawai kanan HCTM.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Nareeman Shah Mohamad           

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown